Penduduk Bukit Antarabangsa di sini menafikan khabar angin yang menyatakan salah sebuah daripada 14 buah banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh 6 Disember lalu merupakan sebuah kasino.
Mangsa yang juga penduduk di situ, Datuk Shahrudin Adnan, 62, berkata, khabar angin itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
"Sememangnya tidak ada pusat kasino di perumahan kami, macam mana boleh ada timbulnya cerita ada pusat kasino di sini. Ini tidak benar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ada di kalangan penduduk yang keluar dari rumah dengan membawa beberapa buah peti wang tunai semasa runtuhan berlaku.
"Semasa kejadian (tanah runtuh) itu berlaku tidak ada jiran-jiran saya yang keluar dengan membawa peti wang tunai.
"Mereka hanya sempat membawa dokumen penting semasa menyelamatkan diri, jadi isu ini tidak sepatutnya timbul," katanya.
Menurutnya, tuduhan bahawa polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka juga adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima akal.
"Pada waktu kejadian pasukan polis tiba seawal pukul 5 pagi lagi, mereka cuba membantu mangsa untuk keluar dari kawasan runtuhan, tetapi sukar kerana keadaan yang masih gelap.
"Tolonglah jangan kontroversikan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini.
"Perkara ini bukan sahaja memburukkan nama penduduk tapi juga pihakpihak lain.
"Cukuplah dengan apa yang telah kami lalui," kata Shahrudin yang turut kehilangan seorang anak lelaki, Shaiful Khas Shahrudin, 20, dalam tragedi itu yang meragut tiga lagi nyawa.
Sementara itu, Jawatankuasa bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa menyatakan bahawa ia memuji semua pihak terbabit semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah kerana komitmen dan sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada penduduk di sini.
Presiden jawatankuasa itu Datuk N. Muneandy berkata, penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa terkejut dengan laporan media bahawa mereka dikatakan tidak berterima kasih kepada agensi terbabit semasa bencana alam itu.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, December 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Adakah? Tak Adakah apa nak takut.Yang penting minta mohon kepada Yang dipertuan Agong serta PM tutup semua permis judi spt Sportoto,Magnum4D, Sweep serta yang persamaan dgn Judi.Ulamak dipilih oleh kerajaan. bertegas ttg masalah org Melayu yg banyak kaki JUDI EKOR ini. Tarik lesen judi ini, insyaallah Negara kita tidak ada lanun/ragut.rompak serta maksiat. 2009 Malaysia bebas dari Judi.Mohon ampun YG Dipertuan Agong.Slamatkanlah org Melayu yang beragama Islam terus berjudi.Sekian.
Sama ada atau tidak kasino itu, sepetutnya kita mengambil pengajaran daripada kisah-kisah umat yang terdahulu yang telah dimusnahkan Allah!
Eksklusif! Penemuan kaum Nabi Luth yang dimusnahkan Allah
http://kedaionlineanda.com/harunyahya/index.php
Jika benar tiada kasino di Bukit Antarabangsa, baguslah. Mungkin cerita itu hanya fitnah semata. Apapun bagi kita yang bukan tinggal di situ tak pasti kebenaran kisah itu. Walau apapun, kita harus ambil iktibar dari kejadian yang Allah Taala timpakan ini. Jangan pandang mudah. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.. Hentikan mempolitik isu ini. Yang perlu hanyalah renungkan apa sebenarnya yang ada di sebalik kejadian.
Kalau tak tahu sangat cerita baik tak payah cakap, sia2 je dapat dosa fitnah free. Tapi macam yang lain cakap jugak, kita kena ambil iktibar dengan apa yang terjadi. Jangan terlalu sibuk menilai dan menghukum mereka yang ditimpa malapetaka, kita kena ambil kejadian ni untuk berfikir dan menilai diri sendiri.
Post a Comment