"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 19, 2008

Penemuan peti besi lenyapkan tohmahan - malaysiakini

Dua peti besi yang dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu ditemui semula.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata kedua-dua peti besi itu ditemui jam 12 tengah hari semalam dengan bantuan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

Sebelum ini, keluarga mendiang Eng Yee Peng, 30, mendakwa pihak berkuasa tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan peti besi yang dikatakan mengandungi barangan berharga.

"Kita hanya mengeluarkan satu daripada peti besi itu. Satu lagi tersekat dan kita usahakan untuk mengeluarkannya. Kedua-dua peti besi itu ditemui dalam timbunan runtuhan rumah nombor 16.

"Saya percaya dengan penemuan peti besi itu, tohmahan terhadap pihak berkuasa lenyap. Walaupun dilemparkan pelbagai dakwaan kita tetap menjalankan tugas dengan penuh komitmen," katanya semalam.

Beliau berkata, keluarga Eng turut berada di kawasan runtuhan ketika peti besi itu dijumpai.

Abdul Jalil berkata, setakat ini hanya lima pemilik rumah yang mendaftar dengan pihak berkuasa untuk mencari barangan mereka di kawasan runtuhan.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini kira-kira 35 meter kawasan runtuhan dibersihkan untuk membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuka semula Jalan Bukit Antarabangsa.

"Kerja pemulihan berjalan lancar dan cuaca sejak Isnin amat baik.

"Esok JKR akan mengumumkan sama ada lima kawasan yang dikatakan bahaya sebelum ini boleh dihuni semula.

"Pusat Media yang dibuka Jabatan Penerangan ditutup esok (hari ini) jika JKR umumkan lima kawasan itu selamat. Sehingga kini tidak ada lagi pemilik rumah yang mencari barangan di tapak tanah sementara di Riverdale," katanya.

Beliau berkata, polis terus mengawal lima kawasan penempatan itu walaupun jika diisytiharkan selamat.

6 comments:

Unknown said...

Peti Besi pun kerajaan kena cari ke?

Kalau dah harta peribadi, kenapa tidak cari sendiri. Dah minta tolong orang, menuduh pula!

Anonymous said...

kan ke dah malu.itulah sapa suruh buat tuduhan melulu.diri sendiri yang malu sekarang.anggota keselamatan cool je dan terus buat kerja macam biasa.orang dah tolong pun kira bagus la.tak reti nak hormat dan berterims kasih kat orang lain pulak.

Unknown said...

itulah berlagak lagi.kan dah malu sekarang.haha.tak kenang budi orang lain langsung.huh!.syabas kepada semua petugas yang bertungkus lumus membantu di ground zero dan kws sekitarnya walaupun dicemuh dan dilemparkan tuduhan.

Anonymous said...

Mudah sangat nak cakap macam2 dekat orang. Berterima kasihnya tidak sebab orang dah menolong dekat situ, boleh pulak dia nak marah orang yang dah tolong die tu.

Anonymous said...

Dalam apa jua keadaan, pasti pelbagai spekulasi akan muncul. Lebih-lebih lagi pihak yang menentang kerajaan dan pihak berkuasa pasti akan mewujudkan pelbagai spekulasi dan tohmahan yang memburukkan kerajaan dan pihak berkuasa. Bila dah jadi macam ni, pasti malu yang menyelubungi diri akibat kelancangan mulut semasa menuduh itu dan ini...

Anonymous said...

Biasalah manusia ni. Selagi boleh menuduh dan buat tohmahan buruk, selagi itu mereka tak berhenti dari berbuat demikian. Tak baik macam tu. Sepatutnya berterima kasih kerana pihak berkuasa membantu mereka mencari peti besi kesayangan mereka itu. Itu dah kira bernasib baik...