"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 19, 2008

Pengarah Kesihatan Nafi Ada Kematian Akibat Chikungunya Di Kedah - malaysiakini

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan kononnya seorang lelaki meninggal dunia di negeri itu semalam akibat demam Chikungunya.

Pengarahnya Datuk Dr Hasnah Ismail berkata siasatan jabatan itu mendapati lelaki itu, yang dimasukkan ke Hospital sik kerana demam dan dehidrasi, meninggal dunia akibat penyakit kronik.

"Setelah tiga hari menerima rawatan di wad, pesakit dibenarkan pulang dalam keadaan stabil tetapi kemudiannya meninggal dunia di rumah, berkemungkinan disebabkan oleh penyakit kronik yang lain dan bukan kerana demam Chikungunya," katanya dalam satu kenyataan.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak, Bukit Selambau, Sungai Petani, dipercayai menjadi korban pertama demam Chikungunya yang merebak di beberapa kawasan di Kedah sejak seminggu lalu.

Sehingga semalam terdapat 47 orang disyaki menghidap penyakit itu termasuk satu kes baru dari Sungai Lalang.

No comments: