"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 21, 2008

Hujan Lebat Peringkat Kuning Di Kelantan, Terengganu, Pahang Dan Johor - malaysiakini

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan nasihat hujan lebat (peringkat kuning) yang dijangka berlaku di sebelah Pantai Timur dan Selatan selama tiga hari mulai Selasa ini, 23 Dis.

Hujan lebat itu dijangka berlaku di Kelantan (daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh), Terengganu (daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (daerah Kuantan, Rompin dan Pekan) dan Johor (daerah Mersing, Kluang, Johor Baharu dan Kota Tinggi).

Menurut kenyataan itu, keadaan hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Sementara itu, jabatan itu juga mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang di Sarawak (bahagian Mukah, Bintulu, dan Sibu) dan Perak (daerah Manjung, Perak Tengah, dan Kinta) yang dijangka berterusan sehingga awal pagi esok.

No comments: