Tempoh jaminan polis terhadap penulis blog 'Kickdefella', Syed Azidi Syed Aziz, yang ditahan tiga bulan lalu berhubung tulisan agar kibarkan Jalur Gemilang terbalik, telah dilanjutkan lebih sebulan lagi.
Dengan keputusan itu, jaminan polis terhadap Syed Azidi yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 2 Februari.
Syed Azidi ketika dihubungi wartawan sebentar tadi berkata, keputusan melanjutkan jaminan itu diputuskan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Khamis lalu.
"Jaminan polis sepatutnya berakhir hari ini tetapi saya telah menghubungi polis Khamis lalu kerana saya ada tugasan di Kelantan hari ini.
"Polis memutuskan untuk melanjutkan sehingga 2 Februari," kata beliau lagi.
Ini merupakan lanjutan kali yang ketiga.
Pada 21 November lalu, jaminan polis dilanjutkan sehingga hari ini.
Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial masih belum siap menyiasat kesnya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, December 21, 2008
Tempoh jaminan 'Kickdefella' dilanjut hingga Februari - malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nilah orang yang takda kerja pergi cari kerja, kalau kerja tu berfaedah takpa, ni dah menyusahkan diri. Sekarang diri sendir jugak yang susah kan?
Post a Comment