"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 21, 2008

Pemilik Enjin Motor Sangkut Di Sarawak Dijangka Dapat Rebat Tahun Depan - malaysiakini

Pemilik enjin motor sangkut di Sarawak, yang telah berdaftar dengan pejabat daerah, dijangka dibayar rebat RM705 tiap sebuah pada tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata cadangan itu adalah satu dari tiga isu yang telah dibawa ke perhatian kerajaan sebagai sebahagian dari usaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari kos pengangkutan yang tinggi khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

"Saya telah juga membincangkan perkara itu dengan timbalan saya, Jelaing Mersat, juga dari Sarawak, anggota-anggota parlimen dan kerajaan negeri memadangkan perbezaan harga minyak yang boleh jadi tiga kali lebih tinggi di kawasan pedalaman," kata beliau pada majlis ramah mesra bersama media Sarawak 2008 di sini malam ini.

Beliau berkata setakat ini 31,000 pemilik enjin motor sangkut menggunakan petrol atau diesel telah mendaftar dengan pegawai-pegawai daerah.

Kerajaan juga telah bersetuju membenarkan stesen-stesen petrol terapung di sungai-sungai besar diberikan status sama seperti mereka yang beroperasi di darat, kata beliau.

Shahrir juga mengumumkan kementeriannya akan memberi subsidi kepada kos pengedaran dan pengangkutan bahan-bahan keperluan termasuk beras, gula, tepung dan minyak masak bagi tempoh setahun melibatkan 71 pusat edaran runcit di bawah program pengedaran barang keperluan yang akan dilancarkan di kawasan parlimen Saratok pada 22 Jan.

Projek serupa akan juga dilancarkan di Pensiangan dan Kinabatangan di Sabah.

Shahrir menafikan bahawa perhatian khas ini oleh kementerian terhadap Sarawak bermotif politik, terutama memandangkan pilihan raya negeri yang dijadual berlangsung pada 2011.

1 comment:

Anonymous said...

Biasalah manusia ni, bila tak dapat dia bising, bila dah dapat mula lah nak buruk sangka. Cakap bagi perhatian lebih sebab pilihanraya lah macam2 lah. Jenis tak reti bersyukur gamaknya.