Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada rancangan untuk menggantikan Mohamad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, seperti mana didakwa oleh beberapa penulis blog, kata Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memberikan respons terhadap laporan di laman blog yang mendakwa satu delegasi terdiri daripada beberapa orang bekas kakitangan dari pejabat Fairus telah menemui dan menggesa Anwar memecat beliau dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dan menggantikannya dengan seseorang yang lebih cekap.
"Sesiapa saja boleh melahirkan pandangan dan pendapat tetapi bagi saya, tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan futsal tempatan di Seberang Jaya, di sini.
Difahamkan PKR negeri akan bermesyuarat malam dan ini adalah antara isu yang akan dibincangkan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
inilah masaalahnnya...abis mcam mna dgn gembar-gembur PKR adalah parti reform?Tlong.....lh DSAI..!!
aku setuju dgn DSAI
Cukup jelas Anwar suka dengan orang yang tak boleh memimpin seperti Fairus... Hahaha... Memang lingkuplah PKR... Anwar pun tak bercadang nak ganti Fairus...
Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk.........apa lagi buangla bagi makan ayam.....tu pon susah nak pikir
dah tersebar luas pasal fairus ini yang tiada komitmen sebagai Timbalan Ketua Menteri.marah lah orang bila orang ke-2 dalam tampuk pemerintahan di P.Pinang malas bekerja.dikhabarkan banyak acara rasmi kerajaan yang dia tak hadirkan diri.
apa ni?kata PKR adalah parti reform.apa yang reform?Zulkifli Nordin masih tidak dikenakan tindakan sehingga hari ini.Anwar masih bermain teka-teki dalam hal "cukup MP untuk mentadbir kerajaan pusat baru" dan tarikh-tarikhnya yang selalu berubah-ubah.
buat Fairus,kalau rasa berat sangat menjadi timbalan ketua menteri jadi eloklah undur diri dan beri sahaja jawatan kepada orang lain yang lebih layak.dengar khabar kemungkin Arif Shah yang bakal menggantikan Fairus nanti sekiranya Fairus digantikan.
Post a Comment