"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 11, 2008

Zulkifli Nordin Kene Sorok Bunian,,!

Assalamu'alaikum...

Dah lebih 24 jam dah Zulkifli Nordin hilang tak dapat dikesan.aku syak Zul kene sorok bunian...ni bukan sebarang bunian ni,bunian ni bunian moden,pakar dalam menyorok musuh politik parti pemerintah & jugak pakar konspirasi.

Aku percaya jugak Headquarters bunian ni bertempat disalah 1 bukit disekitar Kuala Lumpur.mungkin kita boleh dapatkan bantuan Ustaz Harun Din untuk kesan tempat persembunyian bunian ni...tapi aku tak fikir Ustaz Harun Din dapat jinakkan bunian ni.
Gambar Hiasan
Ikut pengalaman aku ngan kawan-kawan aku yang dah biase berdepan secara langsung dengan bunian-bunian ni,bunian ni cuma alah pada satu benda je...kertas yang ada kepala agung...

Ikut pada pengetahuan aku bunian ni memang jenis tak takut tuhan,bunian ni memang terang-terang berani melawan hukum Allah...ada kawan-kawan aku pernah cuba melawan bunian-bunian ni tapi kekuatan bunian-bunian ni memang bukan calang-calang...betul aku cakap ni...hampa nak pecaya,buleh...hampa tak nak pecaya pun buleh...ikut suka..!

Kalau ada sape-sape yang tau mana-mana bomoh yang dapat kembalikan Zulkifli Nordin ke alam nyata & bebaskan Zulkifli Nordin dari cengkaman bunian tu tolong tinggal contact info hampa kat ruangan komen kat bawah tu...

Ni aku mintak tolong betul-betul nih..!

Selamatkan Malaysia Dari "Bunian Di Raja Malaysia"..!

3 comments:

Anonymous said...

Ini dah kes berat ni, Kena pegi deal dengan Bapak Bunian kot baru boleh selesai. Tapi aku ingat bunian ni saja je nak main-main, dah tak ada aktiviti, apa lagi main sorok-sork la, lagi apa.

matsamankati said...

kalau sampai malam jumaat ni dia tak keluar, aku nak pi jumpa bomoh siam kat Betong

Mr Joker said...

Bomoh hang nak jumpa tu bomoh Had Hari ka bomoh Haj Hadi???