"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

Ganti Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Segera...!!!

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan Timbalan Ketua Menteri 1 Mohamad Fairus Khairuddin diganti dengan Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung).

Mohd Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata Mohamad Fairus tidak layak memegang jawatan itu memandangkan beliau tidak aktif dan tidak diberi kepercayaan kerajaan negeri untuk menguruskan perkara berhubung hal ehwal agama Islam.

Beliau turut mencadangkan jawatan exco Agama yang turut disandang Mohamad Fairus diberi kepada Hamdan Abdul Rahman (PAS-Permatang Pasir) untuk kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat negeri ini.

"Dalam pembentukan satu jawatankuasa untuk menyediakan produk halal mengikut ajaran Islam, sebagai exco agama, beliau (Mohamad Fairus) tidak diberi kepercayaan.

"Demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam saya berpendapat beliau tidak lagi layak menjadi timbalan ketua menteri. Berikan sahaja jawatan itu kepada Adun Batu Maung yang begitu aktif," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Usul Anggaran Pembangunan 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

Mohd Farid berkata penduduk Islam di Pulau Pinang kecewa kerana Mohamad Fairus gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

"Saya juga hairan kenapa Mohamad Fairus yang juga exco Agama dan exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak dipilih menganggotai jawatankuasa pusat Hab Halal. Bukan sahaja tidak dipilih sebagai anggota jawatankuasa malah yang paling mengecewakan tidak diberi peluang mengetuai AJK itu," katanya.

Sebaliknya beliau berkata empat exco yang tidak perlu makan makanan halal pula dilantik sebagai AJK Hab Halal itu untuk melaksanakan projek itu.

Beliau berkata sikap Mohamad Fairus (PKR-Penanti) pernah ditegur oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau jarang melawat kawasan.

"Bila ditegur jarang lawat kawasan, alasannya sibuk. Bila diberi tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, beliau letak jawatan dengan alasan jadual terlalu ketat," katanya.

4 comments:

Unknown said...

Alasan dan kritikan membina tu kena dimbil kira..jangan dok jadi macam puak2 dungu yang lain...walaupun salah dok menyalak sokong jugak...

Unknown said...

Kalau dah tak nak buat kerja, serahkan kepada orang lain yang lebih bertanggung jawab. Musang jangan dibela nanti habis ayam sereban!

broooo... said...

saya stuju sangat ngan lanabulumoney... jangan tiru macam parti "melayu sejati" tu... tak boleh ditegur!!! sapa tegur kena pecat...

anggapnya sebagai kritikan membina... buat "post mortem".
saya rasa CM1 kita tu dah banyak berubah, dia sanggup menningalkan "lubok duit FAP" kerana komitmen pada tugasnya... pemimpin "melayu asli" yg lain sanggup ka buat macam tu????

mungkin beliau kelihatan jarang menghadiri aktiviti kemasyarakatan diseluruh negeri, terutamanya kawasan melayu... contohnya Balik Pulau >>> kawasan yg sekarang ni diselubungi banyak masaalah, samaada masaalah infrastructur, pengurusan kampung & masjidnya yg kucar-kair.
saya yakin YB "melayu sejati" sekarang ni sudah tentu lepas tangan keatas segala masaalah yg timbul dgn alasan "kami pembangkangan, tak boleh buat apa" dgn erti kata lain "sabotaj".
begitu juga dgn YDP MAIPP dah tentu tak akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri PAKATAN.

kejadian ini lebih merupakan tekanan terancang pemimpin "melayu sejati" utk menkucarkacirkan pentakbiran kerajaan negeri.

be cool we're on right track!!! keep moving!!!!!!

Buaya-Merah said...

bodoh kau fairusss!!!!