KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kadar pengangguran akan berada pada kadar 4.0 peratus atau lebih rendah pada tahun ini walaupun perniagaan kian mengecil disebabkan kemelesetan ekonomi global.
"Kita sepatutnya berada pada kadar itu. Ia tidak akan lebih tinggi dari kadar itu. Ini kadar yang boleh diuruskan. Kita perlu berusaha gigih untuk mengekalkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 2008 di sini, Rabu.
Nor Mohamed berkata kadar pengangguran negara pada tahun depan juga akan dipertahankan pada kadar tersebut.
Katanya dana latihan RM300 juta yang diumumkan di bawah pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan baru-baru ini boleh meminimumkan sebarang pengangguran selain menambah baik kemahiran para pekerja.
"Kita telah melihat pemotongan waktu bekerja dan bonus di Pulau Pinang tetapi tiada pemberhentian kerja besar-besaran berlaku lagi," katanya.
Nor Mohamed berkata dua cabaran yang didepani kerajaan dalam krisis ialah "untuk memastikan kerajaan dapat mewujudkan pekerjaan bagi kesemua rakyat dan memastikan pengaliran kredit perniagaan."
"Kita perlu memastikan mereka yang sedang bekerja kekal di tempat kerja masing-amsing dan para pelajar yang tamat pengajian dapat mencari pekerjaan kemudian kelak."
Ketika ditanya sama ada tahap pembuangan pekerjaan akan menjadi lebih buruk dari semasa Krisis Kewangan Asia 1997/1998, beliau berkata "saya tidak merasa sedemikian."
"Krisis yang dulu itu berbeza. Ia mengejutkan kita. Krisis itu berlaku terlalu cepat di mana pasaran saham dan nilai ringgit merudum sambil keyakinan merosot. Berlaku kegelutan pada waktu itu.
"Krisis yang terakhir itu, perbankan runcit menerima kesan buruk dan turut berlaku krisis mata wang. Kali ini, perbankan runcit tidak menerima kesan dan tidak berlaku krisis mata wang. Kita mempunyai lebih banyak masa untuk membuat perancangan. Kita menerima banyak petunjuk awal," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment