"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

UMNO Memang Sebuah Pertubuhan Yang Adil..!

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok.Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Ketika dihubungi petang ini, Abdul Rahman mengesahkan beliau menerima surat tersebut semalam.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Kota Bharu akan mendengar kes tersebut esok.

Sebelum ini, beliau juga telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 November dari ibupejabat Umno berhubung tindakannya mendapatkan perintah mahkamah tersebut.

Surat tersebut, yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim, meminta Abdul Rahman memberi sebab-sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya ekoran tindakannya itu.

Beliau diberi tempoh seminggu untuk memberi jawapan.

No comments: