"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

Lokasi Ayah Pin dikesan, polis dan JHEAT susun tindakan bawa keluar

SERDANG: Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah berjaya mengesan lokasi persembunyian ketua kumpulan Ajaran sesat, Arifin Muhamad, 65 atau lebih dikenali sebagai ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, JHEAT akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa Ayah Pin keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.

Zahid berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi.

"Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk keluarkan Ayah Pin dan diambil tindakan sivil dan syariah," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, berkata Ayah Pin yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat dilaporkan berada di Terengganu.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah JHEAT memaklumkan kepada polis untuk tidak menahan Ayah Pin sehingga siasatan selesai.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliaumengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.

-mSTAR Online

1 comment:

Anonymous said...

Orang ni patut ditangkap awal lagi tapi tiada bukti untuk tangkap maka dia masih bebas. Sekarang dia dah dikesan semula. Jadi eloklah jika ditangkap secepat mungkin kerana bimbang dia hilang lagi... Perosak Aqidah seperti ayah pin tak patut hidup...