"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

Tee Keat membisu berhubung 'peletakan jawatan' Ka Chuan

Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini membisu berhubung spekulasi bahawa bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan telah meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet.

ong ka chuan and ong tee keat mcaKetika ditemui di Parlimen hari ini, Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, enggan mengesah atau menafikan perkara itu yang telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Menurut laporan akhbar tersebut, yang memetik sumber-sumber, Ka Chuan yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan telah menemui presiden MCA itu dan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri, selepas tewas dalam pemilihan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.

Pertandingan bagi jawatan tersebut dimenangi oleh bekas naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Difahamkan Tee Keat akan mengemukakan senarai baru calon menteri dari MCA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencerminkan kepimpinan baru parti itu, dan Ka Chuan mungkin tidak disenaraikan.

"Saya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut dan sehingga ini saya tidak menyerahkan senarai (calon menteri) kepada perdana menteri.

"Di samping itu, tidak ada senarai tersebut. Sama ada seorang (merujuk kepada Ka Chuan) menyerah surat peletakan jawatan atau tidak, adalah tidak penting," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan senarai itu, Tee Keat menjawab: "Kita akan memutuskannya (bila tiba masanya)."

Ka Chuan tidak dapat dihubungi kerana beliau sedang melakukan lawatan rasmi ke Iran dan akan kembali ke tanahair lewat minggu ini.

No comments: