Bermula pada 1 Januari 2009, PLUS menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada semua kenderaan kelas 1 bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 7 pagi.
Ini adalah satu pelan yang akan meningkatkan kadar kemalangan dilebuhraya pada waktu malam. pengguna-pengguna lebuhraya kemungkinan besar akan meningkat pada waktu yang disebutkan diatas 912 tengah malam - 7 pagi) semata-mata ingin mendapatkan "diskaun" yang tak seberapa dari pihak PLUS (didalam zaman ekonomi meleset, rakyat akan melakukan apa saja untuk mengurangkan kos perbelanjaan).
Jam 12 tengah malam hingga 7 pagi bukanlah waktu yang baik untuk pemanduan jarak jauh.berbagai bahaya menanti dilebuhraya diwaktu itu.banyak kes-kes kemalangan, rompakan dan berbagai jenayah lebuhraya sering dilaporkan berlaku pada waktu tersebut.
Untuk golongan wanita pula risiko memandu pada waktu tersebut lebih tinggi malah kadangkala mencapai tahap 80% berisiko.
Apakah jaminan keselamatan pada golongan ini sekiranya mereka memandu sendirian dilebuhraya.apakah jaminan keselamatan mereka sekiranya berlaku apa-apa kemalangan pada golongan ini dilebuhraya?kebocoran tayar kenderaan misalnya.
Berapa kerat pemandu yang benar-benar prihatin akan berhenti untuk membantu dan berapa ramai pula penyangak atau penjenayah lebuhraya yang "prihatin" pada mangsa-mangsa seperti ini?
Berapa pula kenaikan statistik kes rogol di lebuhraya nanti?
Inikah yang pihak PLUS mahu?
Berapa pula statistik kes melanggar had laju kebangsaan yang akan dicatatkan di ke 2-2 lebuhraya PLUS dan ELITE selepas ini? tak mustahil ada pemandu yang akan memandu kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan kerana mengejar waktu diskaun.
Itu semua contoh-contoh negatif yang bakal berlaku sebaik perkara tersebut dilaksanakan oleh pihak PLUS.lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan kesimpulannya ialah apa yang ditawarkan oleh PLUS hanyalah "gula-gula" yang bakal merosakkan pemandu.
Nampak sedap manis dan berperisa tetapi lebih memudaratkan.
Satu hal lagi yang lebih nyata ialah bila PLUS mengumumkan bahawa pengguna lebuhraya PLUS dan ELITE, yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minima sebanyak RM200 setiap bulan, pula bakal menikmati rebet sebanyak 5 peratus sebulan.
Rebet ini ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti PLUS (Plusmiles) yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.
Tawaran ini akan bermula pada 1 Januari ini bagi pengguna kad Touch N' Go dan Smart Tag.
Siapa majoriti pengguna kad Touch N' Go dan Smart Tag?
Rakyat malaysia yang berkemampuan dan juga warga Singapura yang berulang-alik malaysia ke singapura...
Siapa yang terbela & siapa yang terpinggir? Prihatinnya KERAjaan pada rakyat bila meluluskan perkara ini...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kalau travel jauh, cth. tol biasa RM30.00, kita cuma dapat jimat RM3 je.. tapi risiko jalan malam lagi tinggi dari apa yang kita jimatkan. Kalau nak jimat, guna highway separuh & jalan biasa separuh..
Kalau ikut aku, x yah la terpengaruh ngan diskaun 10% tu.. x beri kesan sgt pun except yg selalu guna highway la..
Lawak..lawak....PLUS untung berkenjah...hasil perjanjian bengong dgn kerajaan BN..la ni pulak nak beri discout lagi ni..?? Awat depa ingat orang kebuloq sangat ka..?? Nak kan sekupang dua dengan merbahayakan keluarga..??? Inilah hasil dari keputusan kerajaan yang dok menyalak motto " tradisi membela rakyat"...rubbish....
PLUS patut kaji semula dasar ini terutamanya tempoah waktu diskaun. Itu yang paling penting... Diharap PLUS dapat membuat suatu dasar yang tidak menaikkan darah rakyat... Ingat, pembangkang dok perhati tingkah laku mana-mana pihak yang ada kaitan dengan kerajaan. Bila ada silap sikit, siaplah jadi modal untuk pembangkang...
Discount penipu dari PLUS dan KERAjaan untuk mengaburi mata rakyat. dah berkali-kali RAKYAT DIPERBODOHKAN.... tapi malangnya BERKALI-KALI JUGA LA RAKYAT MEMPERBODOHKAN DIRI memangkah KERAjaan yang buat cadangan bodoh ni....!
mana dia kerajaan yg selama ni memperjuangkan ketuanan melayu....
DISKAUN TOKYAH KO.....! Mat Rempit pun taknak diskaun tengah-tengah malam buta macam tu. HANTU JEMBALANG PUN TERGULING KETAWA DENGO MANUSIA MALAYSIA KENE DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH keraJAAN SETELAH ISU DATUK SHAH RUKH KHAN...
KEBANGGANGAN YANG KETARA JELAS...
bodoh giler anwar al juburiiiiii..hehe
Post a Comment