"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

Penganut Islam Di Malaysia Tidak Boleh Tukar Agama, Kata Bekas Hakim - malaysiakini

Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas hakim mahkamah tinggi.

Datuk Faiza Tamby Chik berkata berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu.

Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, mahkamah tinggi memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.

"Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan' pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir hari ini.

Seminar dua hari anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut disertai ilmuan dari universiti Sydney, Syria dan Filipina.

Kini, Faiza berkhidmat sebagai fellow di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Bekas hakim itu berkata mahkamah berkenaan juga memutuskan bahawa sekiranya seseorang bukan Melayu memeluk Islam dan kemudian membuat keputusan untuk keluar daripada agama itu, dia perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri berkenaan, yang akan membuat keputusan tentang rancangannya itu.

Beliau berkata orang bukan Islam di Malaysia bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing, termasuk mengembangkan agama mereka seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, undang-undang negara melarang mereka daripada cuba menarik penganut Islam menyertai agama mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Perkara ini memang dah termaktub dan diharap tidak ada yang mempertikaikan. Kebebasan beragama hanya untuk yang bukan beragama Islam. Bagi yang beragama Islam, mereka tetap menganut Islam sampai bila-bila. Jangan ada yang berani-berani nak pertikai...