"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

Rakyat Boleh Nilai Tindakan Kasar MB Perak Terhadap Jurugambar... Betul Ke Berita Ni?

KOTA BAHARU, 13 Nov (Bernama) -- Tindakan kasar Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya semalam membuktikan sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan ini akan dinilai rakyat negeri itu, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Tunjuklah kepimpinan contoh yang mereka laungkan sebelum ini. Sebelum ini amat mudah tuduh kita apabila mereka tidak menjadi kerajaan tetapi bila perintah negeri, lain pula jadinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini hari ini.

Mohammad Nizar dilaporkan bertindak sedemikian selepas jurugambar, Mohd Najib Mohd Nor, 28, merakamkan gambarnya menerima surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Mohammad Nizar juga dilaporkan telah mengherdik Mohd Najib dan memanggil jurugambar itu dengan panggilan "woi" bagi meminta diserahkan kad memori kameranya.

Hishammuddin berkata sikap sedemikian tidak akan diterima rakyat dan Pakatan Rakyat akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

Topeng Perak,

Ini adalah pertama kali dengar berita tindakan kasar seorang menteri terhadap jurufoto. Pelik tapi telah berlaku. Tak mungkin seorang menteri seperti Datok Seri Mohammad NIzar boleh bersikap bergitu tanpa sebab tertentu.

Apakah pandangan anda tentang kes ini, adakah jurugambar utusan itu telah bersikap kurang ajar, atau mungkin MB sendiri tak suka utusan keluarkan berita tentang dirinya..?

aloha2 said...

klau aku mmg tadak satu layanan yang boleh dgn pemutar fakta...nak baik buat apa...?

aku klau tv harga sekupang dua...dh lama aku hempuk buat smack down...bengong betol...

knp isu baling bangku dgn mahadey kata bukan melayu boleh jd PM x riuh mcm media hentam PR?

khhhhhaaaaaakkkkkkkk.....ptttuuuuiiiiiihhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Inilah kepimpinan yang diajar dalam Pakatan Rakyat... Bila tak nak malu, sanggup bertindak kasar dengan jurugambar supaya gambar yang dirakam tidak tersebar... Kita kena ingat, jurugambar hanya manusia biasa, nak cari makan, dah kerja dia macam tu...

Anonymous said...

utusan melayau punya citer pon korang leh pecaya....hai entahlah.
Habis berita rtBN dengan tv3/4 tu pon korang cayer gakk...

Dunia dah maju beb..zaman dah berubah..dulu boleh la nak klentong...

Anonymous said...

woiiii MB pahang dulu halau terang2 media dlm dewan dun `GO TO HELL ' `PERGI JAHANAM' korang nak kira camna??