"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Reformis pecat exco cabar presiden

kemaskini 12:36pm Majoriti exco Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), yang ingin berdemonstrasi secara bogel, mengenakan tindakan disiplin terhadap presiden penajanya awal minggu lepas.

Beberapa hari kemudian, presiden itu Ramlan Abu Bakar menggugurkan mereka daripada jawatankuasa penaja NGO itu.

"Saya tidak mahu guna istilah pecat. Tetapi maksudnya begitulah sebab saya masih mahu meneruskan persahabatan dengan mereka," katanya apabila ditanya tindakan terbarunya "telah menyusun barisan baru" exco Reformis untuk menggerakkan lagi kempennya.

"Bagaimanapun, persahabatan akan tetap diteruskan. Tetapi soal prinsip, tidak boleh dikompromi."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlan berkata presiden penaja berhak bertindak sedemikian.

Sehubungan itu, surat tunjuk sebab terhadapnya yang dikeluarkan hasil mesyuarat sebahagian besar exconya pada 2 Disember akan diabaikannya.

"(Saya akan) abaikan," kata Ramlan.

Tindakan disiplin itu diambil dengan alasan beliau "menyerang secara peribadi" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan membelakangkan pendapat pemimpin-pemimpin lain dalam Reformis.

Keputusan sembilan daripada 12 anggota exco Reformis diambil sehari selepas Ramlan membuat laporan polis terhadap Abdul Khalid, juga ketua perhubungan PKR negeri, yang didakwa menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mengadakan jamuan makan di luar Stadium Malawati, tempat parti itu mengadakan kongres nasional hujung bulan lepas.

Ramlan juga menegaskan ingin terus mengejar Abdul Khalid di majlis-majlis menteri besar itu untuk membawa tuntutan Reformis berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Presiden Reformis berkata beliau sendiri "tidak sangka" boleh dikenakan tindakan seumpama itu secara mendadak kerana barisan exconya tidak pernah menghubungi secara peribadi untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Beliau mengesyaki wujud "unsur-unsur tekanan" yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Reformis dan "akhirnya saya dikambinghitamkan."

"Bila ada tekanan, tikam kawan," katanya, tanpa mendedahkan pihak yang dituduhnya.

"Tetapi (seseorang yang) memperjuangkan agenda rakyat mesti berani."

Untuk meneruskan "perang bogelnya" terhadap kerajaan Selangor dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramlan akan mengumumkan tindakan selanjutnya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur jam 2 petang ini.

Reformis - dipercayai mempunyai hubungan dengan penyokong Gerakan Reformasi Anwar - didaftarkan pada Julai tahun lalu tetapi hingga kini Pendaftar Pertubuhan belum meluluskan NGO itu.

No comments: