"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Skali Tamatkan Operasi Di Kawasan Tanah Runtuh

Kumpulan Skali, sebuah pasukan yang menyediakan perkhidmatan kemanusiaan, akan menamatkan operasinya di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kira-kira 11 malam hari Jumaat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Skali Tengku Farith Rithaudeen berkata perkhidmatan mereka tidak disambung sehingga 18 Dis seperti yang dimaklumkan sebelum ini kerana mendapati keadaan di kawasan tanah runtuh itu terkawal.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata walaupun pusat Skali di Bukit Antarabangsa ditutup, pasukannya tetap akan terus menyebarkan maklumat terkini kepada penduduk di kawasan itu menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti bomba, polis serta pasukan penyelamat yang lain.

Sebagai contoh, penduduk yang terjejas akan dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru seperti bila mereka boleh kembali ke rumah dan status bekalan elektrik atau air, katanya.

Beliau berkata sejak hari kejadian, Skali menghantar SMS kepada penduduk setiap tiga jam.

Bagaimanapun, mulai Sabtu ini, kekerapan SMS mungkin dikurangkan kepada dua kali sehari memandangkan keadaan di kawasan tanah runtuh itu bertambah baik.

Tengku Farith berkata sehingga kini, lebih 450 penduduk di kawasan itu mendaftar dengan Skali untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kejadian berkenaan melalui SMS.

"Penduduk boleh melayari blog kami untuk mendapatkan maklumat yang penting. Kami akan update blog kami sekiranya memperoleh sebarang maklumat daripada pihak berkuasa," kata beliau.

Selain menyediakan makanan percuma dan perkhidmatan menyebarkan maklumat serta mengecas telefon bimbit, Skali turut menyediakan pusat media bagi membantu wartawan yang membuat liputan di kawasan tragedi tanah runtuh itu.

Pusat Skali beroperasi mulai 10 pagi hingga 10 malam dari kedai makanan segera Burger King, yang terletak bersebelahan stesen minyak Petronas di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) dekat sini.

Pasukan yang menyediakan bantuan kemanusiaan diketuai Tengku Farith itu, mula beroperasi Sabtu lepas, iaitu sejak hari pertama kejadian tanah runtuh berlaku di Bukit Antarabangsa.

Kumpulan Skali boleh dihubungi di talian 016-672-6404 atau layari laman web http://www.skalicentre.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

No comments: