"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Nazri-PPP: "Jadi peminta sedekah, jangan nak mengugut," - malaysiakini

Parti Progresif Rakyat (PPP) sekali lagi diberi amaran supaya tidak mengugut Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan parti itu akan keluar dari BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri baru-baru ini sekali menegaskan bahawa ISA tidak akan dipinda atau dimansuhkan.

"Ini bermakna sama ada hari ini atau sebelum pilihan raya akan datang, kita tidak akan pinda.

"Jadi saya nak tanya PPP,apa tunggu lagi? Keluarlah... jangan nak mengugut.

"Kalau kita ni nyamuk, jangan nak mengugut gajah. Jadi jangan cakap banyak, keluar sahaja," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Nazri berkata, kehadiran PPP dalam BN tidak menguntungkan memandangkan parti itu kalah satu kerusi yang diperuntukkan kepada mereka di Perak pada pilihan raya umum lalu.

"Kehadiran mereka dalam BN menyusahkan kita. Umno terpaksa mengorbankan satu kerusi untuk mereka iaitu di Bukit Gantang untuk memberi peluang PPP bertanding di Taiping.

"Baru ni kita buat lagi, mereka kalah kerusi. Jadi, apa untungnya kehadiran mereka dalam BN kerana mereka hadir atas simpati kita saja.

"Jadi peminta sedekah, jangan nak mengugut," katanya.

Nazri berkata, jika parti itu tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ada dalam BN, parti itu harus keluar segera kerana hubungan antara parti komponen dalam BN memerlukan persefahaman.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ugutan yang dilakukan oleh PPP tidak harus berulang kerana sebarang ketidakpuasan hati seharusnya disuarakan secara tertutup.

"Kalau tidak bersetuju, kita suarakan dalam mesyuarat pengurusan BN atau Majlis Tertinggi.

"Jangan terus melaporkan kepada media. Ini tidak boleh menyelesaikan isu," katanya.

PPP semalam memutuskan untuk mahu terus kekal dalam BN buat masa sekarang dengan syarat tuntutan meminda ISA dipinda.

Sebelum ini, pendirian yang sama turut dinyatakan Pengerusi PPP, Datuk M Kayveas ketika persidangan Wanita dan Pemuda parti tersebut minggu lalu.

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan BN tetap dengan pendirian tidak akan meminda akta ISA. Jadi apa lagi yang PPP dan Kayveas nak harapkan? Keluar jelah! Jangan nak ugut-ugut. Setakat saja-saja nak gertak baik tak payah...