"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Kerajaan Selangor Mesti Bertanggungjawab Baik Buruk

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan pembangkang di Selangor mestilah bertanggungjawab terhadap semua aspek pembangunan di negeri itu dan tidak boleh hanya mahu menerima apa yang baik sahaja yang diusahakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas.

"Mana boleh setelah menubuhkan kerajaan, ia suka yang baik-baik saja. Yang tak baik semua dikatakan kesalahan dan kelemahan orang dulu. Adakah macam tu. Bukan cara macam itu nak memerintah.

"Pemerintah kena ambil tanggungjawab ke atas semua... yang tak baik perbetulkan supaya jadi baik dan yang memang sudah baik hendaklah ditambah supaya menjadi lebih baik lagi. Itu caranya," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di akhir lawatan kerjanya selama dua hari di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan negeri Selangor bahawa kerajaan BN dahululah yang meluluskan 99 projek di lereng bukit di negeri itu, yang menjadi isu selepas tragedi tanah runtuh di kawasan perumahan lereng bukit di Hulu Klang beberapa hari lepas.

Abdullah berkata perkara itu kini menjadi tanggungjawab yang mesti diberi perhatian oleh kerajaan pembangkang di Selangor sekarang.

"Bila parti pembangkang menang di Selangor dan menubuhkan kerajaan, sudah tentulah ia kena bertanggungjawab pada semua aspek. Apa yang baik ia seronok, apa yang tak baik pun kenalah tangggungjawab juga, kena perbetulkan," kata Perdana Menteri.

Sambil menegaskan beliau tidak mahu mengajar kerajaan negeri Selangor bagaimana ia harus bekerja, Abdullah berkata apa juga tindakan hendaklah ditentukan oleh kerajaan sekarang dan apa yang difikir wajar untuk dilaksanakan terserahlah kepada pembangkang sebagai kerajaan bagi negeri Selangor.

"Kerajaan mesti bertanggungjawab memastikan apa yang ia nak betulkan jika ia fikir tak elok. Terserah kepada dia... saya tak payah mengajar mereka macam mana nak buat kerja," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Saya setuju sangat dengan Pak Lah. Kerajaan pembangkang tak seharusnya hanya menyalahkan kerajaan negeri sebelum ini atas apa yang terjadi. Mereka harus menerima setiap baik atau buruk dalam negeri yang mereka takluk. Mana yang buruk harus diperbetulkan dan bukan hanya menuding jari menyalahkan kerajaan negeri terdahulu...Mereka harus bersikap profesional...

Anonymous said...

So. Kerajaan PKR Selangor, ape lagi..gali mane yang patut..kata dulu nak membenteras rasuah..sudah pasti ade... kalau banyak sangat projek yang diluluskan..siasat Majlis Daerah, PBT, JKR etc..