"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Tarif air KL, Putrajaya dan Selangor mungkin naik 37 peratus

Seramai 1.5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin terpaksa membayar kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus jika Kerajaan Selangor tidak menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Mac tahun depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini memberi jaminan tiada langsung kenaikan tarif air di kawasan-kawasan tersebut pada tahun depan sekiranya aset itu diserahkan.

Ini kerana perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun antara 1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034 boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula setelah penyerahan aset itu, katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, aset perkhidmatan air Selangor bernilai RM5.5 bilion termasuk paip utama, loji rawatan serta kawasan tadahan air dan aset itu adalah milik kerajaan Selangor dan empat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abas.

Penyerahan aset perkhidmatan air Selangor kepada PAAB di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor yang turut membekalkan airnya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Shaziman berkata, masalah beban kewangan itu dapat dikurangkan kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui perpindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada Kerajaan Selangor dan pemegang konsesinya pada kadar yang rendah.

Beliau menjelaskan, PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan yang rendah dan tempoh bayar balik pinjaman yang fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman bank bagi menguruskan aset perkhidmatan air mereka.

Mengikut perjanjian konsesi itu, tarif air di ketiga-tiga kawasan itu sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi kelonggaran sehingga 31 Mac tahun depan untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB.

Jika tidak, Kerajaan Persekutuan tiada pilihan dan terpaksa memenuhi hak Syabas untuk mendapatkan kenaikan tarif itu seperti termaktub dalam perjanjian konsesi.

"Jika tidak, faham-faham sahajalah...kena kurangkan mandi," katanya secara berseloroh.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan Selangor belum menyerahkan aset perkhidmatan airnya kerana ia mahu menstruktur semula tarif airnya terlebih dahulu.

Shaziman berkata, mengikut pengiraan Jabatan Audit Negara, Syabas berhak mendapat kenaikan tarif sebanyak 30 peratus walaupun perjanjian menyatakan 37 peratus kerana syarikat itu telah memenuhi hampir semua syarat untuk menaikkan tarif.

Menteri itu berkata, Melaka akan menjadi negeri pertama menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada PAAB apabila mereka menandatangani perjanjian mengenainya pada 17 Dis ini dan kesannya tiada kenaikan tarif air di Melaka tahun depan.

"Negeri lain juga boleh menikmati jaminan tiada kenaikan tarif air tahun depan jika turut berbuat demikina," katanya.

-mSTAR Online

2 comments:

Anonymous said...

Topeng perak,
Bila bercakap tentang air, teringat aku tentang air negeri Johor dijual kepada Singapore. Aku tak faham kenapa kerajaan Malaysia menjual air mentah pada Singapore dengan harga murah kemudian beli semua air yang diproses oleh Singapore dengan harga yang mahal.

Apa muslihat disebalik perjanjian air antara Malaysia dengan Singapore tu sehingga Malaysia dilihat sebagai kerajaan yang bodoh terpaksa menanggong kerugian..?

Sekarang perjanjian air antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Selangor. Apakah benar Penyerahan aset perkhidmatan air Selangor kepada PAAB di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor...? Atau Kerajaan Persekutuan sama seperti Singapore mempunyai agenda tersendiri...?

Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuat keputusan bodoh seperti Kerajaan Negeri Johor...?

Anonymous said...

Dalam hal ini, kerajaan Selangor harus bertolak ansur dengan apa yang diminta. Ini supaya rakyat Selangor tidak akan menjadi mangsa kenaikan kadar tarif air di negeri itu. Harap kerajaan Selangor beri kerjasama pada kerajaan dalam penstrukturan semula kadar air. Jangan kerana keegoan mereka, rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan kadar tarif air sebanyak 37%!