"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Teresa Kok saman Utusan dan Chamil Wariya, RM30juta

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memfailkan saman fitnah berjumlah RM30juta ke atas Utusan Melayu Sdn Bhd. Dan Pengerusi Insitut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya pagi ini.

Teresa mendakwa tulisan wartawan akhbar Utusan Malaysia menggambarkannya sebagai seorang ahli politik anti-Melayu dan anti-Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Kinrara berkata tindakan tersebut tidak menggambarkan Islam sebagai agama persahabatan, mengutamakan keadilan serta menolak sebarang keganasan terhadap bukan Islam.

Tambah beliau, Chamil telah menerbitkan cerpen pendek seolah-olah cuba membangkitkan budaya 'pembunuhan berani mati' di negara ini.

"Cerpen seumpama itu menggalakkan keganasan dan pembunuhan seperti yang berlaku di Lubnan dan Pakistan," ujarnya

No comments: