"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Majlis Peguam Hargai Langkah Kerajaan Perkenal Sistem Pelantikan Dan Kenaikan Pangkat Hakim

Majlis Peguam menyuarakan penghargaan terhadap langkah kerajaan memperkenalkan satu sistem bagi pelantikan dan kenaikan pangkat hakim dalam usaha mengukuhkan badan kehakiman.

Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan berkata dalam memperkatakan mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 (JAC), apa yang perlu diingat ialah tujuan dan prinsip-prinsip di sebalik pengwujudan suruhanjaya itu.

"Tujuan utama penubuhan suruhanjaya itu, perlu bagi tujuan mewujudkan konsep perasingan kuasa antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata lain-lain tujuan penting adalah untuk memastikan ketelusan di semua peringkat proses pelantikan, untuk mendapatkan kriteria yang benar-benar jelas berhubung pelantikan dan memastikan akauntabiliti pihak-pihak yang terbabit dalam proses itu.

"Tujuan-tujuan penting ini diketengahkan oleh iktibar yang dipelajari dari sejarah negara sendiri, dari peristiwa-peristiwa Krisis Kehakiman 1998 dan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video yang mengajar kita bahawa sebahagian besar masalah sistem semasa yang timbul kini, berpunca daripada campur tangan eksekutif dalam proses pelantikan hakim dan kekurangan aspek ketelusan serta akauntabiliti dalam proses itu," katanya.

Bagaimanapun menurutnya Majlis Peguam merasakan bahawa beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu dilihat "mempunyai unsur-unsur yang menjejaskan prinsip-prinsip asas yang diketengahkannya berhubung konsep perasingan kuasa dan kebebasan kehakiman," dan ini perlu pertimbangan semula.

Beliau menyuarakan rasa bimbang terlalu banyak kuasa diberikan kepada Perdana Menteri berhubung pelantikan anggota suruhanjaya, yang bermakna hak prerogatifnya di bawah perlembagaan kekal mutlak.

"Kami bimbang beberapa cadangan kerajaan dilihat memberi kuasa undang-undang dan kawalan pihak eksekutif terhadap proses pelantikan hakim. Sebaik sahaja ia diluluskan, kuasa eksekutif berhubung proses pelantikan hakim akan mempunyai kuasa undang-undang," katanya.

Ambiga berkata ada juga persoalanan berhubung proses perundingan dalam proses pelantikan dengan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Perkara ini tidak disentuh dalam perlembagaan dan secara teknikal mereka mungkin secara individu mengambil pandangan yang berbeza daripada JAC walaupun mereka adalah anggota suruhanjaya ini memandangkan keputusan JAC dilihat tidak mengikat aggotanya," katanya.

Beliau berkata ketika ini konvensyen-konvensyen perlembagaan tidak dapat dikatakan mendorong dan mengurangkan perlaksanaan hak prerogatif Perdana Menteri di bawah perlembagaan.

Ambiga berkata dengan rang undang-undang tersebut, konvensyen berkenaan, yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip demokratik seperti 'rule of law' dan perasingan kuasa, mungkin akan dikira diambil alih oleh undang-undang itu.

Beliau berkata aspek positif Rang Undang-undang ini dilihat dari aspek wujudnya lebih banyak perundingan, dan ia termasuk antara semua empat hakim berkenaan dalam keseluruhan proses pelantikan, kriteria pemilihan diperjelas lebih lanjut, dan merangkumi aspek penting yang seharusnya terpakai dalam proses itu.

Ambiga berkata ketika ini rang undang-undang dengan pindaan itu akan menampilkan langkah pertama dalam pembaharuan proses kehakiman, dan matlamat mutakhir JAC seharusnya tidak hilang.

"Majlis Peguam akan mengkaji rang undang-undang itu lebih lanjut dan menyediakan memorandum menyeluruh berhubung perkara ini," katanya.

1 comment:

Antusabun said...

pejadah ntah pak lah ni. kemaruk nak kuasa nampaknya. sok najib naik sudahnya rosmah jadi suruhanjaya. tak ke haru?