"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 05, 2008

Anwar sedia serah diri, mungkin 'ditahan' bila-bila?

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk 'menemui' polis jika diperlukan untuk menghadapi kemungkinan tuduhan meliwat berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih sebulan yang lalu.

Peguamnya, Saiful Izham Ramli berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada pejabat Ketua Polis Negara bagi meminta agar dimaklumkan jika Anwar akan 'ditahan'.

Tujuan surat itu dihantar ialah bagi mengelakkan pihak polis membuat tangkapan seperti yang berlaku pada 16 Julai lalu.

“Kami meminta supaya polis maklumkan agar Datuk Seri Anwar boleh pergi sendiri untuk serah diri, tak perlu nak hantar pasukan polis bertopeng lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Saiful berkata salinan surat bertarikh 28 Julai tersebut juga telah dihantar kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idris Harun untuk makluman.

Tambah beliau, polis tidak memberi sebarang maklum balas mengenai surat itu dan mengakui turut mendengar khabar angin bahawa Anwar akan ditahan dalam tempoh terdekat.

“Khabar angin memang banyak sejak disahkan siasatan polis telah selesai. Ada yang kata nak tangkap Isnin (semalam) dan ada juga kata Jumaat ini,” katanya.

Namun pihaknya hanya menunggu tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Anwar yang kini masih berada dalam jaminan polis setelah dibebaskan pada 17 Julai lalu akan hadir ke ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini untuk melapor diri.

“Kalau tiada apa-apa yang berlaku (tangkapan) dalam tempoh ini, maka kita boleh tahu sama ada Anwar akan didakwa atau tiada kes terhadapnya semasa melapor diri,” katanya.

Bagaimanapun beliau kesal kerana hingga kini pihaknya masih belum menerima salinan waran tangkap terhadap Anwar daripada pihak polis.

-mSTAR Online

TP - i'm week of this shit..!

No comments: