KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Draf Pelan Struktur untuk membangunkan Kuala Lumpur sehingga 2020 mempunyai kecacatan dan perlu diperbaiki, kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
"Pelannya antara lain mencatat bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mempunyai kira-kira 160,000 masyarakat kaum India. Saya dapati ini agak aneh. Kami mempunyai kira-kira 80,000 pengundi berdaftar kaum India di Kuala Lumpur.
"Sekiranya satu keluarga mempunyai dua orang anak dan sekiranya kita darab dengan empat (termasuk dua ibu bapa), angkanya akan mencatat terdapat sebanyak 320,000 masyarakat India. Macam mana pula dengan masyarakat India yang tidak mendaftar sebagai pengundi.
"Oleh itu draf tersebut perlu diperbaiki sebelum ia menjadi polisi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat draf tersebut oleh konsultan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu pejabat MIC di sini, Isnin.
"Kami telah mengkaji pelan drafnya dan kami akan mengemukakan pelan cadangan kami sendiri kepada Dewan Bandaraya. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai penghijrahan setinggan ke flat kos murah, kemudahan di flat murah, kewujudan Sekolah Tamil dan nasib pemilik tanah," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kita dah muak dengan tuntutan yang diutarakan olih pemimpin pemimpin bangsa India dan Cina dimalaysia. Kegilaan berada dikerusi Pm olih DSAAB menyebabkan segala tuntutan yang dikemukakan olih golongan ini mendapat layanan istimewa.
Melayu terus layu dan membatu di negaranya. Ada pemimpin pun dah buta dan tak sedar diri.
Mereka kita perjuangkan menjadi penumpang saja dinegara kita. Ingat tu , mereka merempat dinegara kita.....bagaimalana pula mereka bolih turut menjadi warga kita?????
Post a Comment