"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 05, 2008

Kes pelajar hilang ke Bukit Aman

Wakil rakyat Kapar S Manikavasagam meminta polis menyiasat segera kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dua bulan lalu.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Perempuan Kapar itu dipercayai hilang pada 19 Jun lalu ketika dalam perjalanan ke sekolah yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari rumahnya di Taman Intan Jaya, Kapar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku lebih kurang jam 7.30 pagi

Keluarga pelajar itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Klang pada hari yang sama.

Mereka turut mengemukakan maklumat kepada pihak berkuasa itu dari semasa ke semasa untuk memantu siasatan tetapi sehingga kini kes itu belum diselesaikan.

Menurut S Manikavasagam, ahli parlimen Kapar, kehilangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan suspek yang sama dalam kes-kes penculikan lain di kawasan itu.

Ibu mangsa Vijaya Lectchumy hari ini akan membawa aduan ini kepada ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman jam 2 petang dengan suaminya Parmasiram bersama iringan 20 penyokong PKR dari Kapar yang diketuai ahli parlimen tersebut.

Manikavasagam menambah, keluarga mangsa sangat sedih dengan kehilangan anak mereka itu.

Anak sulung itu daripada empat orang adik-beradik dikatakan seorang pelajar yang berprestasi baik di sekolahnya.

Manikavasagam memberitahu Malaysiakini, beliau telah menghantar surat kepada polis bagi membincangkan peningkatan jenayah di kawasan parlimennya.

-malaysiakini

No comments: