"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 05, 2008

Jurugambar dikasari selepas ceramah Anwar, PKR mohon maaf

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memohon maaf kepada media berhubung kejadian seorang jurugambar wanita akhbar Guang Ming Daily dikasari selepas membuat liputan ceramah perdana parti itu di tapak ekspo Seberang Jaya, dekat sini malam Ahad lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku dan PKR kesal dengan kejadian itu.

"Saya bagi pihak parti memohon maaf kepada pihak media terutama jurugambar berkenaan. PKR akan siasat perkara ini secepat mungkin dan jika yang terlibat itu adalah anggota parti, kita akan mengambil tindakan iaitu memecat mereka daripada parti.

"Saya dan beberapa Exco kerajaan negeri akan pergi melawat jurugambar berkenaan hari ini bagi memohon maaf secara peribadi bagi pihak parti dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, Loh Hoay Hoon, 25, mengalami bengkak di belakang kepala setelah dipukul ketika hendak meninggalkan tapak pesta itu sebaik sahaja selesai membuat liputan majlis ceramah yang dihadiri Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loh kemudiannya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya, pada malam itu.
Abdul Malik berkata, pihaknya akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

"Untuk memastikan keadaan itu tidak berulang, pihak media akan disediakan tempat," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Dr. Mohamed Shah Hussin Shah ketika dihubungi berkata polis akan mengambil keterangan daripada jurugambar itu bagi membantu siasatan kes itu.

-mSTAR Online

No comments: