PULAU PINANG, 5 Ogos (Bernama) -- Umno Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti lima pemimpin yang berpotensi untuk menjadi calon pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan nama lima pemimpin berkenaan.
"Yang pasti calon terdiri daripada anak tempatan, kita (Umno Negeri) tidak menyediakan senarai nama tetapi sudah kenal pasti ada lima orang yang berpotensi.
"Umno Negeri menyerahkan keputusan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan Umno di sini hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi Parlimen berkenaan bagi berhadapan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjadi teka teki.
Abdul Rashid berkata Umno Pulau Pinang mempunyai ramai pemimpin yang berwibawa untuk menentang Anwar dan mampu merampas kembali Permatang Pauh walaupun ia "dilihat sangat sengit".
Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan berikutan pengunduran penyandang kerusi itu yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.
Esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu.
Abdul Rashid berkata Umno Negeri telah membuat persediaan sepenuhnya dan mengatur strategi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.
"Jentera telah disusun untuk mengawasi 28 peti undi yang meliputi 92 cawangan Umno, kesemua peti undi itu juga akan dipantau oleh 12 bahagian Umno dengan dibantu oleh Umno dari negeri-negeri lain," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment