"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 05, 2008

Najib: Umno perlu letak Beruk di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Umno perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi memberi keadilan dan pilihan kepada pengundi kawasan itu untuk memilih wakil mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun tidak menafikan akan ada yang menang dan ada yang kalah, "kita mesti memaparkan pilihan kepada pengundi di Permatang Pauh."

Timbalan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program sehari "Wanita Bersama Pemimpin" di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan dua pemimpin Umno supaya Barisan Nasional memboikot pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan anggota Parlimennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat parti itu bertanding.

Sebelum ini dua pemimpin Umno Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mencadangkan BN memboikot pilihan raya kecil itu kerana ia dianggap membazirkan wang, dan tindakan Anwar itu hanya strategi politik bagi mengelak daripada tuduhan liwat.

Najib berkata pandangan keduadua pemimpin itu hanya merupakan pandangan peribadi mereka dan Umno "akan buat pertimbangan dalam sedikit masa lagi mengenai hal ini."

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu.

-mSTAR Online

TP - aku setuju sangat dengan Pak Najib C4 ni...aku syorkan supaya Pak Najib letak calon yang aku cadangkan ni kat Permatang Pauh untuk mewakili UMNO/BN...bagi aku kat Malaysia ni dah tak de calon lain dah yang layak mewakili UMNO/BN...ni kira muktamad la ni...terimalah...

No comments: