"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 05, 2008

PAS Negeri Sembilan akan hantar petugas ke Permatang Pauh

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - PAS Negeri Sembilan akan menghantar seramai mungkin petugasnya bagi membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, kata Pesuruhjayanya, Zulkifly Mohammad Omar.

Ujar Zulkifly, PAS Negeri Sembilan akan memastikan kemenangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan bertanding bagi Parlimen tersebut.

Beliau seterusnya menyambut baik tindakan yang dibuat Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Kata beliau, tindakan itu juga adalah satu pengorbanan demi melihat perubahan dalam senario politik negara yang tidak stabil ini.

Justeru beliau berkata demi memastikan calon Pakatan Rakyat menang di Parlimen tersebut, PAS Negeri Sembilan akan menghantar petugasnya seramai mungkin.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh bakal diadakan dalam masa tedekat selepas penyandangnya, Wan Azizah mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini.

Esok, Rabu 6 Ogos Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Namun, cakap-cakap mengenai calon Barisan Nasional yang akan menentang Anwar dalam pilihan raya tersebut sudah tersebar luas antaranya nama bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohammad Ezam Mohd Noor dikatakan mungkin akan mewakili Umno.

Begitupun Ezam yang cukup kuat menghentam Anwar selepas menyertai Umno baru-baru ini masih belum mengesahkan samada beliau akan dipilih mewakili Umno.

Laporan sebelum ini menyebut, Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan pertandingan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada ditangkap polis.

Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, lapor Bernama.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini. "Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya Ahad 3 Ogos lalu.

Dalam pada itu satu laporan akhbar internet menyatakan bahawa Ezam dikatakan 'lebih senang diperebah' jika terpilih sebagai calon BN menentang bekas ketuannya, Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh,

"Ezam tidak akan banyak membantu (Umno). Kalau beliau bertanding, saya rasa besar peluang kita. Lagi senang perebah (jatuhkan)" kata Pengarah Pilihan Raya KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Yusuf.

"Kita pasang saja rakaman (ucapan) beliau dulu-dulu," katanya kepada dalam satu laporan akhbar internet hari ini.

Menurut Mustaffa, pengundi kawasan parlimen Permatang Pauh 'cukup kenal' dengan bekas Setiausaha Politik Anwar itu. _

No comments: