Ujarnya, fenomena ini bukan ugutan sebaliknya realiti mengikut keputusan 'Merdeka Centre' yang membuat kajian di kalangan rakyat Malaysia bahawa kebanyakan rakyat negara ini berpendapat Perdana Menteri kelima terlalu lemah.
Buat kali pertama sambungnya, prestasi Dato' Seri Abdullah menjunam ke tahap bawah lima puluh peratus.
"Pemerintah jangan sekali-kali memperkecilkan atau memperbodohkan rakyat di Permatang Pauh kerana rakyat perlukan pembelaan dan tidak mahu bergelumang dengan kes yang jijik. Kemenangan di Permatang Pauh akan mempercepatkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Rakyat, " tegasnya lantang.
Keputusan 'Merdeka Centre' itu sekaligus memberikan gambaran prestasi ekonomi, pelancongan, pelaburan berada di tahap 'paras hidung' jika silap langkah pastinya Malaysia berada di kelompok negara miskin.
Lagipun kemenangan Dato' Seri Anwar ke parlimen boleh menarik minat anggota parlimen BN ke Pakatan Rakyat.
Rakyat tentunya tidak mahu negara menjunam menjadi miskin ekoran tidak bijak pemerintah yang ada,katanya.
Beliau juga yakin jika Dato' Seri Anwar menang,maka dapat beliau mengetuai menyelesaikan masalah ekonomi, jenayah serta menarik pelabur asing ke Malaysia semula.
Berhubung soalan hasrat bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Nor untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh Azmin berkata, dia sebenarnya sedang 'angau' walhal Umno Bahagian sendiri telah menolak hasratnya itu.
"Ezam sedang 'angau' sekarang ini kononnya nak lawan di Permatang Pauh. Tapi sayang, bukan PAS atau KeADILan tidak mahu bahkan Umno Bahagian sendiri menolak hajatnya. Dia patut malu dengan peristiwa itu, " jelas beliau. - mks._
No comments:
Post a Comment