"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 05, 2008

UMNO Kalut...Depa Nak Gubal Undang2 Baru...

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran supaya menggubal undang-undang bagi menghalang mana-mana wakil rakyat daripada meletak jawatan dengan sewenang-wenangnya bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata di bawah undang-undang yang dicadangkan itu, wakil rakyat tidak dibolehkan meletak jawatan dalam tempoh empat atau lima tahun daripada tarikh sesuatu pilihan raya umum diadakan, kecuali sekiranya berlaku kematian atau kurang upaya ke atas seseorang wakil rakyat.

"Pilihan raya adalah proses demokrasi untuk menegakkan kepimpinan negara melalui suara rakyat dan tidak wajar jika ada mana-mana pihak mengkhianati proses tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Ali yang juga Ketua Umno bahagian Cheras berkata langkah larangan tersebut akan menjimatkan wang rakyat apabila pilihan raya kecil yang disengajakan tidak berlaku di samping ia akan mengekalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Apabila setiap kali berlakunya pilihan raya kecil, kerajaan khususnya SPR akan mengeluarkan peruntukan besar bagi membiayainya dan ini adalah wang rakyat serta berlaku pembaziran ketara," katanya.

Syed Ali merujuk kepada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh yang terpaksa diadakan semula selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami beliau untuk bertanding.

"Tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi telah mengkhianati amanah pengundi di Permatang Pauh dan tidak menghormati prinsip demokrasi," katanya.

-mSTAR Online

1 comment:

Anonymous said...

mamat ni kat cheras org tak suka dia. dia takleh nk jadi calon kot time pru12 dulu