"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 12, 2008

Kes Kecurian Mikrocip Bernilai RM48 Juta Dari Kompleks Kargo Udara Selesai

PULAU PINANG, 12 Dis (Bernama) -- Kes kecurian mikrocip milik sebuah syarikat multinasional yang dilarikan dari sebuah gudang di Kompleks Kargo Udara di Batu Maung dua tahun lepas, telahpun diselesaikan dengan lapan lelaki dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid berkata polis berjaya menahan lapan lelaki tempatan yang mengakui terlibat dalam kecurian itu tetapi tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka di mahkamah.

Sehubungan itu, polis menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka selama dua tahun di Simpang Renggam sebagai tindakan pencegahan, katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini.

Sidang akhbar itu diadakan selepas Lim mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk industri dan polis bagi mencari kaedah menghadapi kesan ekonomi yang tidak menentu pada tahun depan.

Bagaimanapun, Salleh berkata semua mikrocip bernilai RM48 juta milik Intel itu tidak dapat ditemui semula kerana dipercayai telah dibawa ke luar negara.

"Kes itu telah diselesaikan tetapi tidak diumumkan kepada awam. Bagaimanapun siasatan kes ini tidak ditutup. Kita akan meningkatkan kerjasama dengan pihak industri dari semasa ke semasa bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya.

Salleh berkata 30 orang telah ditahan untuk membantu siasatan polis berhubung kes itu tetapi hanya lapan sahaja yang dikenakan tindakan kerana yang lain didapati tidak terlibat.

Dalam rompakan kira-kira pukul 2 pagi, 20 Nov 2006, sekumpulan 20 lelaki termasuk empat yang berpakaian seragam Rela menyerang dan memukul 17 pekerja Kompleks Kargo Udara dan melarikan mikrocip menggunakan dua buah lori kontena.

Lebih dramatik, beberapa pekerja juga dipaksa meminum sejenis cecair dipercayai kloroform sehingga mereka muntah-muntah dan pengsan.

Lima hari kemudian, dua lori kontena yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu ditemui kosong di kawasan rumah kedai yang belum diduduki di Taman Idaman, Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Sementara itu, Lim mencadangkan supaya polis mewujudkan pos kawalan di kedua-dua hujung Jambatan Pulau Pinang bagi meningkatkan pengawasan keselamatan terutamanya kenderaan yang membawa barangan dari kilang-kilang agar tidak dirampas di pertengahan jalan.

Katanya keselamatan barangan milik industri amat penting bagi memastikan syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri ini merasa selamat dan pelaburan mereka terjamin.

Kerajaan negeri, katanya bersama pihak industri akan membantu dalam usaha ini dan berharap polis dapat mempercepatkan penubuhan pos kawalan itu.

Polis pula mencadangkan agar pengurusan jambatan iaitu Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) memasang lebih banyak kamera litar tertutup bukan sahaja di atas jambatan malahan di bahagian bawahnya juga.

"Bahagian bawah jambatan juga perlu diambil kira bagi memantau pergerakan melalui jalan laut dan pada masa yang sama bagi tujuan pencegahan untuk mengesan bahan peledak di bahagian bawah jambatan," kata Salleh.

6 comments:

kotak14 said...

selesai dapat tangkap orang tanpa bukti..sebabtu letak di bawah ordnan darurat..

barang dan hasil rompakan tak dapat dikesan..

keluar dari simpang renggam...penjenayah kayaraya...

dok gitu bang perisik...

Mr Joker said...

wakhakhakha.... aku hingat aku je dok pikir gitu...

khakhakhakha... semer orang paham.

Anonymous said...

Tahan tanpa bukti atau coverup?

Kalau betul mereka yang ditahan itu terlibat mereka mesti mempunyai maklumat mengenai pihak di luar negara yang membeli chip berkenaan. Takkan main hantar ke chip 2 lori kepada anonymous person. Naik kapal mana, bila dan siapa lagi yang terlibat.

Cuba fikir, takkan barang 2 lori boleh lepas pintu sempadan atau lapangan terbang macam tu je.

Kalau betul dah lepas mesti ada orang dalam yang menjadi dalang.

Takkan tak libatkan Interpol dalam kes ini.

macam-macam lah malaysia ni.

broooo... said...

relax 2 tahun je kat simpang rengam...
nanti keluaq jadi millionaire, tk payah kerja sampai mampuih...

pro betoi lah polis Malaysia nih...

macam mana pelabur asing nk confident invest d sini....

Anonymous said...

aku rasa pihak Polis dah ada banyak maklumat pasal kes ini tapi tak boleh didedahkan sangat sebab boleh menggagalkan usaha siasatan.kalau semua hasil siasatan dihebahkan kepada media,lagi senang la penjenayah nak merancang melarikan diri.

aku tak rasa ini cover up Polis.ini kes profil tinggi gak.penjenayah yang terlibat semestinya dari yang jenis professional.it takes guts and balls to steal something that worth of million bucks.

Anonymous said...

setel mcm tu je???? kalau mcm tu ku pun nak jadi perompak jugak la