"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

Anwar dihadap ke mahkamah esok

kemaskini 2:33pm Polis menyerahkan satu notis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di mahkamah sesyen esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.

anwar ibrahim court order police asp jude pereira 060808 04Noris bertulis itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.

Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.

Dua naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, yang juga bertindak sebagai peguam Anwar, dan Mohd Azmin Ali kelihatan bergegas masuk ke perkarangan rumah ketua mereka tidak lama selepas penyerahan notis tersebut.

Tokoh pembangkang itu mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada petang ini bagi mengulas tindakan terbaru terhadapnya.

SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Sementara itu timbalan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas pejabat Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian, lapor Bernama.

Satu notis bertulis dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok, kata Ismail dalam kenyataan.

"Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan," Ismail dipetik sebagai berkata.

-malaysiakini

No comments: