"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

Permatang Pauh: Kempen 10 hari, 26 Ogos hari undi


KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya, Iskandar Abdul Wahab menunjukkan tarikh pilihan raya bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh yang telah ditetapkan.
- fotoBERNAMA

FAKTA PILIHANRAYA KECIL :

  • Hari penamaan: 16 Ogos
  • Pengundian: 26 Ogos
  • Daftar Pemilih dikemas kini 31 Julai 2008
  • Jumlah pemilih 58,449 orang
  • Pemilih sehingga 31 Julai lepas: 58,459 orang
  • Laman web semakan pemilih: http://www.spr.gov.my
  • Pusat pengundian : 28

------------------------------------------------------------------------------

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 8 Mac 2008

Wan Azizah Wan Ismail (PKR): 30,338

Pirdaus Ismail (BN - Umno): 16,950

Majoriti: 13,388
Keluar mengundi: 47,442 (81.2%)
Undi rosak: 110
Pemilih: 58,449

------------------------------------------------------------------------------

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Buat kali kedua dalam tempoh lima bulan, lebih 58,000 pengundi Parlimen Permatang Pauh akan kembali ke pusat pengundian untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru - pada 26 Ogos ini.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu, yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12, ditetapkan pada 16 Ogos dengan tempoh untuk berkempen selama 10 hari.

Pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu selepas ia dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Khamis lalu.

Dr. Wan Azizah, Presiden PKR memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Dr. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388.

Kerusi itu juga pernah diwakili oleh Anwar semasa beliau masih dalam Umno.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor ketika dihubungi mStar Online memberitahu, tempoh berkempen 10 hari adalah mencukupi bagi pilihan raya kecil.

Kata beliau, SPR mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya kecil secepat mungkin.

"Undang-undang memperuntukkan minimum tujuh hari. Jumlah hari pada kali ini adalah lebih berbanding tempoh kempen pilihan raya umum 2004," kata beliau.

Pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, SPR memperuntukkan tempoh berkempen 13 hari.

Ketika ditanya mengapa pilih Selasa sebagai hari untuk membuang undi, beliau memberitahu, dengan mengambil kira jumlah hari untuk berkempen selama 10 hari, hari ke-11 iaitu hari pengundian jatuh pada hari Selasa.

Seramai 58,459 pemilih layak yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pengundi pos layak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil kali ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuaratnya yang bermula 10 pagi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, writ pilihan raya akan dikeluarkan esok manakala notis pilihan raya pula hari keesokan.

"SPR memberi nasihat kepada semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon dan petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan agar dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam," katanya.

Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari 2008 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan 19 Jun lalu dan dikemas kini sehingga 31 Julai lalu akan digunakan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tambah beliau, buat masa ini terdapat beberapa kes petisyen pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008 yang masih berada di peringkat perbicaraan.

"Oleh itu calon-calon diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kes-kes petisyen dalam kempen-kempen mereka," katanya.

SPR telah melantik untuk pilihan raya itu, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Roslan Yahaya sebagai Pegawai Pengurus dan tiga penolong Pegawai Pengurus iaitu Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai Zainol Abidin Md Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat, dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Seberang Perai Tengah Azizal Ahmad.

-mSTAR Online

No comments: