"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

Jangan selalu 'buat gimik' nanti orang tak percaya

BIRO Angkatan Muda Parti Keadilan (Rakyat?) telah mengirimkan kenyataan menerusi email saya yang menghebuhkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan ditangkap hari ini.

Buat masa ini lebih 100 orang berhimpun di rumah Anwar. Maklumat itu diperolehi dari Kelab Penyokong Anwar (AIC).

Saya ucap terima kasih atas kirimkan maklumat berkenaan. Namun saya ingin persoalan sejauh manakah kesahihah mengenai maklumat berkenaan. Kalau ia sekadar andaian dan gimik tidak usahlah diperpanjang dan hebuhkan.

Apa lagi kalau tujuannya untuk menarik orang ramai agar mengerumuni ke rumah Anwar di Bukit Segambut.

Sukar untuk saya nak yakin kalau Polis ingin menangkap Anwar dalam tempoh beberapa hari ini. Pertama, apakah kesalahan Anwar? Beliau tidak melakukan apa-apa jenayah yang memungkinkan beliau ditangkap.

Beliau juga tidak melakukan apa-apa provokasi berhubung laporan liwat ke atasnya oleh si pembacuh kopi tempoh hari.

Kedua, beliau tidak menunjukkan ingin menggerakkan massa membuat huruhara. Bahkan Anwar memberi kerjasama baik kepada pihak keselamatan.

Ketiga, pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan tidak lama lagi. Menangkap Anwar bermakna rakyat makin marah dan sokongan kepada Anwar akan meningkat. Jika kerajaan berbuat demikian ini bermakna kerajaan tidak bijak dan sengaja menggali kubur untuk menimbus diri sendiri dalam pilihan raya kecil itu.

Keempat, tidak ada tanda-tanda untuk Anwar melarikan diri ke luar negeri. Kenyataannya yang bersedia menjadi calon menunjukkan beliau komited dengan politik Malaysia. Bukankah Anwar seorang yang bernani menghadapi apa saja kemungkinan.

Jadi alasan dan andaian mengatakan beliau akan ditangkap pada saya hanyalah gimik sahaja untuk menarik orang ramai berkhemah di rumah Anwar. Anwar pula membuat telahan demikian sebagai satu daripada tektiknya untuk mendapat simpati lebih sahaja. Untuk apa?

Diharap PKR khasnya Angkatan Mudanya tidak terlalu bermain politik, mudah mempercayai khabar angin dan sesekali biarlah kita rasional dan berpijaklah atas bumi nyata.

Kita kita kena ingat Anwar bukan segala-gala bagi kita dan ia hanya sebahagian daripada ikon perjuangan kita untuk negara, bangsa dan agama. Kalau terlalu banyak kita bergimik lama kelamaan kita tidak akan dipercayai selama-lamanya.

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com -
-KLpos

No comments: