"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

'Saya akan hadir di mahkamah hadapi tuduhan liwat, esok' - Anwar

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi esok untuk menghadapi tuduhan meliwat.

"Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," kata beliau pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Beliau akan diwakili pasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.

Dengan ditemani ahli keluarga termasuk isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumakn tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tetap akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraan kelak.

Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.

Seksyen 377A dan 377C tidak membenarkan jamin diberikan. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan jamin.

Dengan suara yang kelihatan 'agak sedih' di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan.

"Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.

"Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti," katanya.

Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian daripada masalah-masalah yang dihadapinya.

"Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum," katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengesahkan bahawa pegawai penyiasatnya, ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar untuk menyampaikan sapina tersebut.

Ketika ditanya apakah kandungan sapina berkenaan, Bakri bagaimanapun enggan mengulas.

"Maaf saya tidak boleh mendedahkan apa kandungan sapina tersebut," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

-----------------------------------------------------------------------

KENYATAAN TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa beliau.

Satu notis bertulis kepada Anwar telah dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok, kata Ismail dalam kenyataan di sini hari ini.

"Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undangundang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan," katanya.

-----------------------------------------------------------------------

Difahamkan ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar pada jam 12:05 tengah hari untuk menyampaikan sapina tersebut.

Beliau dikehendaki berada di mahkamah pukul 10 pagi esok.

Bernama melaporkan, sapina kepada Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Bricfields, DSP Jude Pareira, di kediaman Anwar di Segambut Dalam di sini kira-kira 12.05 tengah hari tadi.

Pareira bagaimanapun tidak menjelaskan kandungan sapina itu dan tujuan Anwar perlu hadir ke mahkamah esok.

Anwar berhadapan dengan tuduhan meliwat kali kedua dalam tempoh 10 tahun. Kali pertama selepas beliau dipecat daripada jawatan parti dan kerajaan.

Beliau dipecat pada 1998.

Pada akhir Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meliwatnya.

-mSTAR Online

No comments: