"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

SPR, BN bermesyuarat hari ini fokus Permatang Pauh, SAPP

(Mutakhir) PETALING JAYA: Dua mesyuarat berasingan diadakan oleh entiti berkaitan politik tempatan - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional (BN) - hari ini - selang empat jam - sudah pasti yang menarik untuk diperhatikan.

SPR akan mengadakan mesyuatat pukul 10 pagi ini di Putrajaya bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh manakala BN akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan pukul 2.30 petang dan disusuli dengan pertemuan Dewan Tertingginya dua jam kemudian.

Kerusi Parlimen menjadi kosong ekoran keputusan penyandangnya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi tersebut selepas menang dalam tiga pilihan raya umum yang lalu.

Ia bakal muncul sebagai pilihan raya kecil yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

SPR dijangka memutuskan tarikh pilihan raya kecil, yang dijangka sama ada hujung bulan ini ataupun awal September.

Suruhanjaya itu perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan.

Semalam ketika dihubungi mStar Online, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu, sama ada pilihan raya akan diadakan dengan cepat ataupun sebaliknya akan diputuskan dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli panel SPR.

Suami Dr. Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menyandangnya dari 1982 hingga 1999 dijangka bertanding semula kali ini.

Dr. Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengosongkan kerusi itu Khamis lalu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan tindakan lanjut terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN dan Dewan Tertinggi BN hari ini.

Ia juga dijangka membincangkan strategi menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kata beliau, pada mesyuarat esok, isu mengenai jawapan kepada surat tunjuk sebab parti berkenaan susulan pendirian undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dibincangkan dengan teliti.

“Ya, kita akan bincang isu SAPP. Mula-mula kita bincang dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan... selepas itu kita akan bawa (bincang) dalam mesyuarat Dewan Tertinggi pula,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya sama ada keputusan untuk mengambil tindakan terhadap SAPP akan diputuskan dan diumumkan esok, beliau enggan mengulas lanjut.

“Sabarlah, kita tunggu esok. Bincangpun belum lagi. Biar Pengerusi BN yang umumkan esok,” katanya.

Pada 1 Julai lalu SAPP menerima surat tunjuk sebab daripada BN berhubung perkara ini melalui perkhidmatan pos laju.

Surat itu telah dijawab oleh SAPP 29 Julai lalu.

Di Kota Kinabalu, Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong berkata, pihaknya berpendirian terbuka dalam hal ini.

"Kami berharap mereka akan melihat pandangan kami. Apa jua keputusan, kami akan menentukan tindakan susulan daripada keputusan BN nanti," kata beliau.

SAPP menyertai BN pada 1994 dan mempunyai dua wakil rakyat di Dewan Rakyat dan wakil dalam Kabinet negeri.

Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Sabah, Datuk Anifah Aman berkata, pihaknya mengharapkan keputusan yang baik daripada BN esok.

Kata beliau, BBCBN Sabah masih yakin SAPP akan kekal dalam BN atas alasan kesemua parti perlu bersama untuk memperkukuhkan kerajaan negeri Sabah demi membantu pembangunan negeri dan rakyat.

"Matlamat kami sama iaitu berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah walaupun pendekatan Datuk Yong Teck Leel berlainan. Cara terbaik ialah mereka, SAPP kekal dalam BN dan berharap akan berubah pendirian dan kekal dalam BN," katanya lagi.

Pada 14 Ogos ini, Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat.

-mSTAR Online

No comments: