"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

Umno Bahagian Permatang Pauh Mahu Ketuanya Bertanding Pilihan Raya Kecil

BUKIT MERTAJAM, 6 Ogos (Bernama) -- Umno Bahagian Permatang Pauh mencadangkan ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sebagai calon Barisan Nasional untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Keputusan itu dibut pada satu mesyuarat khas jawatankuasa bahagian itu di sini pada malam Isnin lepas, kata setiausaha bahagian Ahmad Sahar Shuib pada mesyuarat jentera pilihan raya Umno yang dihadiri ketua-ketua cawangan dalam bahagian itu di sini malam tadi yang turut dihadiri Abdul Jalil.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Abdul Jalil menjelaskan bahawa terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

"Kita akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan kami bersedia membantu mana-mana calon yang ditentukan kelak," katanya.

Abdul Jalil berkata alasan di sebalik ketetapan itu ialah kerana tempoh berkempen adalah tidak lama dan Barisan Nasional perlu menggunakan setiap peluang dan masa yang ada untuk menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Dengan memilih anak tempatan yang sudah dikenali pengundi sebagai calon, mudah kita untuk mendekati mereka dan tidak perlu membuang masa untuk memperkenalkan calon berkenaan," katanya.

Kerusi itu dikosongkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, bertanding semula.

Mengenai persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, Abdul Jalil berkata Umno Bahagian Permatang Pauh menubuhkan 22 biro tersuk unit siber bagi menjamin jentera parti berjalan lancar.

Beliau berkata unit siber akan dipertanggungjawabkan memberi penjelasan mengenai sebarang isu semasa kepada golongan muda melalui blog dan sebagainya.

"Kita faham bahawa pengundi muda banyak mendapatkan maklumat melalui internet dan laman blog dan kita akan bagi peluang kepada mereka untuk bertanya atau mendapatkan sebarang penjelasan melalui cara itu," katanya.

Terdapat kira-kira 10,000 pengundi baru terdiri generasi muda di kawasan Parlimen itu pada waktu ini.

Abdul Jalil juga berkata mesyuarat agung 48 cawangan dalam bahagian Permatang Pauh yang dijadualkan berlangsung selepas 10 Ogos ini akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya kecil itu.

Katanya Pengurusan Umno Pulau Pinang semalam membuat keputusan itu bagi membolehkan tumpuan diberi kepada pengendalian pilihan raya kecil itu.

"Mana-mana cawangan yang telah mengeluarkan notis untuk mengadakan mesyuarat sehingga 10 Ogos ini, kita benar ia diteruskan tetapi yang bercadang bermesyuarat selepas tarikh itu, kita minta ia ditangguhkan sehingga pilihanraya selesai," katanya.

Umno Permatang Pauh mempunyai 92 cawangan.

No comments: