"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 06, 2008

Pengkhianat negara! - Sempena Bulan Kemerdekaan.

Ada dua manusia yang menjadi pengkhianat negara sebelum merdeka. Manusia pertama - Lai Te, setiausaha agung PKM sebelum Chin Peng. Lai Te telah membatalkan rancangan kemerdekaan selepas sahaja fasis Jepun menyerah diri, dengan mengatakan British sudah mendarat. Kalau tak, kita sudah merdeka sama dengan dengan Indonesia merdeka, iaitu pada Ogos 1945. Akhirnya, Lai Te menerima hukuman yang setimpal dengan pengkhianatan yang dilakukannya.

Seorang lagi manusia pengkhianat negara ialah Dato' Sir Onn Bin Jaafar. Pada zaman pendudukan fasis Jepun, manusia Onn Bin Jaafar ni menyertai KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) yang ditubuhkan selepas KMM (Kesatuan Melayu Muda) diharamkan oleh fasis Jepun ni. Kemudian, selepas saja fasis Jepun menyerah kalah, Onn Bin Jaafar ni keluar dari KRIS dan mengutuk perjuangan kemerdekaan ni. Onn Bin Jaafar ni tidak yakin bahawa bangsa Melayu ni boleh memerintah negara sendiri. Bangsa Melayu hanya boleh hidup di bawah ketiak British. Onn Bin Jaafar ni boleh cakap "di bawah pemerintahan British, orang Melayu boleh makan daging, tetapi jika merdeka orang Melayu harus makan ubi kayu" (menurut memoir Abdullah CD bahagian kedua). Onn Bin Jaafar ni juga memperlekeh perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh gerakan-gerakan lain seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya) dan apalagi PKM (Parti Komunis Malaya). Katanya lagi, "macam mana kita nak lawan British, diorang ada kapal selam, askar, senapang cukup lengkap. Kita ada apa?".

Akan tetapi, dengan semangat jiwa merdeka, PKMM dan gerakan-gerakan kiri yang lain seperti API, AWAS, SEDAR dan HIZBUL MUSLIMIN serta BTM telah berpadugabung menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan bekerjasama pula dengan gabungan gerakan kiri dari bukan Melayu - AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action). Gabungan ini dengan membawa slogan MERDEKA telah merencanakan sebuah perlembagaan yang diberi nama yang sangat sedap - PERLEMBAGAAN RAKYAT. Kalau tak, kita dah merdeka dah pada tahun 1947. Dah dua kali dah kita tertangguh kemerdekaan. Pada waktu ketika inilah, Onn Bin Jaafar ni yang membantah perjuangan kemerdekaan ni, yang telah menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1046 ni, telah memecahbelahkan bangsa Melayu dengan membawa slogan HIDUP MELAYU (sebenarnya slogan ni panjang lagi - HIDUP MELAYU DITENTUKAN OLEH BRITISH).

Semasa PERLEMBAGAAN RAKYAT ni diumumkan, Onn Bin Jaafar ni telah berpakat dengan Raja-raja Melayu (jadi Rajalinggam jangan harap nak masuk buku), dan Onn Bin Jaafar ni juga berpakat dengan British untuk mewujudkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Dan sejak itu, British mengharamkan parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan lain kecuali UMNO. Maka, mereka yang diharamkan oleh majlis fatwa British ni pun terus memegang slogan (orang kita ni dengan slogan tak boleh dipisahkan) 'AYUH PULANG KE KAMPUNG, KITA BERGERILLA'! Maka, darurat pertama Malaya 1948 bermula dan bermulalah juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh kerana gerakan-gerakan yang memperjuangkan merdeka ni diharamkan, mana yang tak nak masuk hutan tu, dia join UMNO. Oleh kerana semangat mereka masih membara, maka UMNO dengan tak malunya menukar slogan mereka kepada MERDEKA.

Di sini, aku bukan nak buka kelas sejarah Malaya. Tapi aku nak ceritakan bahawa Onn Bin Jaafar dan UMNO sebenarnya bukanlah pejuang kemerdekaan tulen dan Malaya sebenarnya masih belum merdeka! Darurat bermula 1948 dan berakhir pada 1960. Tetapi kita merdeka 1957. Apa ertinya kemerdekaan ni kalau kita masih lagi dalam darurat? Apa yang merdekanya? Merdeka bermakna kita bebas segala-galanya. Tak ada lagi belenggu sama ada belenggu jasmani mahupun rohani! Bila dilihat kembali perangai UMNO yang diperkenalkan oleh manusia yang bernama Onn Bin Jaafar ni, UMNO sehingga ke hari ini tidak pernah menjaga kepentingan dan membela rakyat. Sebaliknya mereka menjaga kantung dan usus mereka yang terdiri dari kerabat di-raja dan golongan bangsawan (Bangsawan Bintang Timur tak masuk buku ha.. kalau tak, Rahman B dah ada istana kat Bukit Tunku dah...).

Kebudayaan yang dibawa UMNO, yang wujud hari ini bukanlah kebudayaan rakyat. Sebaliknya kebudayaan feudal. Rakyat umum tidak memakai songket. Gamelan bukan muzik rakyat. Berpantun juga bukan gaya rakyat. KERIS bukan senjata rakyat! Senjata rakyat ialah cangkul, kapak dan parang. Nak kata raja merakyat lalu terbuka hati untuk berkongsi kebudayaan dengan rakyat, adakah rakyat boleh menerima kebudayaan istana ini sedangkan jiwa rakyat bukan di istana! Jiwa rakyat di ladang-ladang. Rakyat ada lagu sendiri, ada tarian sendiri yang tak mementingkan aksesori dengan kilauan emas.

Malah bukan sahaja kebudayaan yang jadi mangsa. Pendidikan dan perubatan juga sama. Rakyat tidak diberi pelajaran secara ilmiah di bawah hegemoni UMNO ni. Lebih-lebih lagi sekarang ni. Pendidikan sastera lebih malang. Dahlah sekarang ni zaman internet dan bahasa Melayu sudah dirosakkan. Boleh pulak cucu kepada pengkhianat negara ni yang jadi menteri pelajaran ni bawa karya Ahadiat Akashah sebagai rujukan sastera di sekolah? Tak payah tengok tu, tengok saja Kamus Dewan. DBP tak pernah membantu rakyat membaca sebenarnya. Buku-buki yang diterbitkan dicetak di atas kertas mahal. Jadi, buku-buki dan kamus terutamanya berharga mahal nak mampus! Tak macam Oxford yang ada cetakan yang dibuat atas 'paperback' dan harganya lebih murah! Perubatan jangan cerita lah. Kita sekarang ni kalau tak ada insurans, jangan harap nak dapat masuk hospital yang ubatnya bagus.

Jadi, Onn Bin Jaafar dan UMNO adalah peniru genius rakyat. Sebab tu, kita tak ada lagu negara original dan bendera bukan dari warna bumi kita. Dan ISA masih diteruskan sebab UMNO bukanlah kerajaan yang berdikari tetapi atas nama lain Malaya masih lagi di bawah British. Kes ni samalah dengan Melayu nak buka pub tapi undang-undang tak benarkan Islam menjual arak. Lalu Melayu ni guna nama Cina sebagai lesen...

Korang ni, faham ke tak ni? Kalau tak faham, korang ni memang UMNO lah!

*** UMNO di atas bermaksud bodoh. Hehehehe, jangan marah ye...

-riang riang

3 comments:

Unknown said...

steady la bra... lu memang komunis alf baru la... caya la... teruskan prjuangan mu...
berjuang!berjuang!berjuang!

Cokodok said...

Buku teks Sejarah Malaysia tingkatan 4 mmg dah lari dari fakta sebenar. Kerajaan UMNO cuba menafikan sumbangan ramai pejuang2diluar UMNO yang juga menuntut kemerdekaan termasuk la Chin Peng dari PKM.... Mmg tidak dinafikan UMNO telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu, tetapi melalui meja rundingan.. Bila ada rundingan pasti ada 'give and take'. Persoalan saya, apa yang kita 'give' utk kita 'take' kemerdekaan tersebut?????

Lihatlah betapa kroniknya UMNO telah menjahanamkan negara ini.


http://diver.miskin.blogspot.com

m taufiq a aziz said...

tunku abd rahman apa cerita status beliau?