"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 04, 2008

Dari : Malaysiakini

PM: Rakyat marah MRR2 retak lagi
Keretakan terbaru di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan rakyat marah akibat pembaikian dulu tidak dijalankan dengan sempurna, kata perdana menteri.

"Dulu ketika rosak, kita telah mengeluarkan belanja RM70 juta dan ini adalah satu perbelanjaan yang besar. Dan sekarang ini retak lagi, mengikut apa yang dimaklumkan oleh pengguna jalan raya.

"Inilah cerita-cerita yang membuatkan rakyat tidak senang hati, bahkan marah.

"Sebenarnya masalah ini boleh dielakkan jika sekiranya pihak yang bertanggungjawab berhati-hati dalam memastikan apa yang telah dibaiki itu sudah teguh dan tidak akan berlaku lagi sebarang keretakan atau kerosakan dalam masa yang singkat," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Menurut laporan Bernama lagi, jika semuanya dibuat dengan baik, sudah tentu rakyat tidak akan berasa marah dan laluan tersebut boleh digunakan dengan selamat dan tidak menakutkan.

mrr2 elevated highway 170206 02 "Menakutkan jika berlaku runtuhan atau kemalangan lagi, jadi, sudah tentulah ini tidak baik," beliau dipetik sebagai berkata ketika mengulas mengenai MRR2 yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah dibaikpulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi.

Semalam, lebuhraya jejambat itu yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur sepanjang 1.7 kilometer serta jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalulintas berikutan keretakan baru itu.

Arahan dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas beberapa pemandu melaporkan mereka ternampak batu-batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat stesen Komuter Kepong.

Pada bulan Ogos 2004, laluan berkenaan ditutup buat pertama kali berikutan masalah keretakan rasuk tiangnya.

Pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup akibat masalah yang sama yang memerlukan struktur itu dibaik pulih dengan kos RM70 juta.

Anwar bertanding biar dari lokap

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan pertandingan pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada ditangkap polis.

Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, lapor Bernama.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini.

"Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Tambahnya, bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara, Pakatan Rakyat perlu cepat bertindak memandangkan keadaan semakin buruk.

Sebab itu beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh kerana beberapa kerusi Parlimen lain seperti Kulim-Bandar Baharu masih dalam proses menunggu keputusan mahkamah, tambahnya.

Anwar berkata, tidak timbul soal isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkhianati pengundi di kerusi parlimen itu dengan meletakkan jawatannya kerana sejak awal lagi beliau telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Selain Anwar dan Dr Wan Azizah, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut berucap pada majlis itu.

Menurut agensi berita itu lagi, majlis ceramah itu pembuka tirai kempen PKR menjelang pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Rabu ini, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan menetapkan tempoh berkempen dan mengundi bagi kawasan itu.

DAP: Tsunami kecil di Permatang Pauh

DAP akan memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh boleh mencipta satu "tsunami politik yang kecil", kata tokoh utamanya Lim Kit Siang.

"Pertaruhan dalam pilihanraya kecil itu bukan mengenai nasib seseorang (pemimpin) dan kerusi parlimen tetapi masa depan rakyat dan negara Malaysia," katanya.

Isunya, tambah ahli parlimen Ipoh Timur, bukan mengenai sama ada pemimpin Pakatan Rakyat dan penasihat PKR itu boleh menang tetapi sama ada beliau boleh mencipta kemenangan lebih besar daripada majoriti 13,388 yang diperolehi oleh presiden parti itu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika Anwar boleh menang dalam pilihanraya kecil ini dengan majoriti lebih besar daripada yang Dr Wan Azizah dapat lima bulan lepas, ... ia akan membawa kesan membentuk perkembangan lanskap politik," katanya.

No comments: