Ada yang menyampah kenapa sikit-sikit aku tulis pasal UMNO. Aku bagi sikit je di sini kenapa aku tak suka UMNO.
UMNO dipercayai oleh umat Melayu sebagai sebuah Parti yang membela nasib Melayu. Akan tetapi, mereka tak sedar bahawa nama UMNO - United Malay National Organisation ini adakah bahasa Melayu? Macam mana mereka ni nak bela Melayu sedangkan mereka pun segan nak guna nama Melayu! Ini satu. Aku ada beberapa cerita koleksi aku sendiri yang membuatkan kenapa aku anggap UMNO ni punca kerosakan umat Melayu.
Cerita Satu - YB dan Rakyat
Kampung aku, Lubok Merbau, di daerah Kuala Kangsar, adalah kawasan yang kedua paling lembab di Semenanjung Malaya selepas Taiping Kampung aku ni topografinya bukit-bukau dan berlembah. Kampung aku ni ada la bendang, kelapa sawit dan getah (yang aku ingat lagi ada nama Estet Chetiappa). Tapi semua ni hilang kecuali bendang disebabkan pembangunan. Kampung aku dinaiktaraf oleh Rafidah Aziz sebagai kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) selain ada pencawang TNB yang agak luas dan Lebuhraya Timur Barat.
Lubok Merbau, ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. Sekarang ni wakil dari PAS. Sebelum ni, wakil dari UMNO. Yang aku nak cerita ialah wakil dari UMNO ni. Nama dia Jamal Nasir Rasdi. Dia ni pengurus bolasepak Perak. Dia ni, dari pandangan aku, sebagai seorang manusia Melayu UMNO tipikal yang akan berdamping rakyat jika dia memerlukan undi je. Selebihnya, masanya entah ke mana - sibuk dengan bola dia kut.
Okeh, aku terus cerita pasal dia lah. Ada suatu ketika dulu, aku baru balik dari rumah opah aku. Bawak moto. Mak aku kat belakang. Jadi, kat tepi jalan ni, aku nampak seorang lelaki tua sedang berjalan kaki. Gayanya dari kedai dan menuju ke rumahnya. Masa aku nampak lelaki tua tu, dia dah berjalan agak jauh juga dari kedai. Ditakdirkan Allah Ta'ala tuhan sekalian alam, pada ketika itu juga Jamal Nasir ni lalu (dari arah bertentangan dengan aku) dengan Mercedes dia dengan nombor pendaftaran ACV 17. Senoneng je dia meninggalkan orang tua yang berjalan kaki tu. Kalau dia betul-betul wakil rakyat yang baik, pasti dia akan tumpangkan orang tua tu. Takkan tak peka langsung. Takkan rakyat tak boleh naik Mercedes dia. Takut kuman kut...
Sorang lagi, ahli Parlimen Padang Rengas - Dato' Nazri Aziz. Dia ni boleh dikatakan selalu juga balik kampung dia di Lenggong dan dia akan memancing di Tasik Raban. Jadi, setiap kali dia lalu kat Lubok (nama manja kampung aku), mesti dia singgah kat pekan dan belanja orang kampung makan laksa Bakar. Itulah saja yang dia mampu buat.
Padahal, kampung aku ni ada macam-macam masalah. Dewan Orang Ramai yang nak roboh, kawasan sukan tak ada, melainkan kena pinjam sekolah punya, rumah kedai kat pekan dari zaman sebelum perang dunia kedua sampailah sekarang belum ditukar ganti. Punya la klasik kampung aku ni. Ni, belum lagi masuk dengan masalah Ketua Kampung yang dapat subsidi lembu tapi, dia bela dulu lembu tu. Dah dapat anak, baru lah bagi kat orang yang layak menerima lembu tu. Dapat subsidi projek tanam jagung untuk belia, Ketua Kampung ni bagi kat anak dia yang merupakan Ketua Belia & Ketua Pemuda UMNO.
Cerita Dua - Katib dan Kutbah
Masjid Al-Merbawi adalah masjid di kampung aku. Masjid ini diambil sempena nama Tokoh Maal Hijrah Pertama Malaysia - Syeikh Idris Al-Marbawi (al-merbawi tu maknanya Merbau - kononnya Arab lah sebab nama Arab kat belakang ada gelaran tempat lahirnya). Masjid ini dikuasai penuh oleh ahlul bahlul dari UMNO. Dah tua bangka dah ahli jawatankuasanya.
Setiap Jumaat, aku akan dengar kutbah dari Pak Katib (pembaca kutbah) yang lebih meleweh dari Pak Lah. Bayangkan. Kalau tak kunyah kopi, kau akan tidur berdengkur dalam masjid. Tidakkah mereka tahu isi kutbah tu adalah ilmu yang perlu disampaikan kepada jemaah? Kemudian, Pak Katib ini tidak pula 'up-to-date'. Pernah ada satu kutbah (teks kutbah ni ditulis dalam huruf jawi), ada perkataan 'universiti' dan dalam dalam jawi tak ada huruf untuk sebutan 'v'. Jadi para ilmuwan jawi telah menambah huruf 'va' yang rupanya macam huruf 'wau' tapi ada satu titik di atas. Dah kelam kabut Pak Katib ni tak tahu nak menyebutnya. Terus dia sebut 'u-niwersiti'. Aku terus tersengih-sengih kat tepi saf. Dulu ada orang muda nak jadi Katib, dah dikatanya orang PAS. Apa nak jadi lah dengan kampung aku ni...
Mereka ni semua ahlul bahlul UMNO yang merosakkan orang Melayu/Islam ni. Mereka ini samalah dengannya Melayu/Islam yang sembahyang tunggang-tunggek baca fatihah, minta Tuhan tunjuk jalan yang benar, tak nak jadi macam Yahudi dan Nasrani. Tapi mereka tak tahu kenapa Tuhan tak bagi umat Muhammad ni jadi macam Yahudi dan Nasrani kerana fikiran Melayu/Islam ni meletakkan 'Bible' dan 'Torah' tu haram dipegang dan dibaca, tak boleh masuk gereja. Orang UMNO ni selain menindas rakyat dengan ekonomi merapu mereka, mereka juga menyekat ilmu kepada rakyat. Bila Quran dalam bahasa Inggeris ada tulis 'Jesus Kristus', terus dikatanya orang Kristian nak kafirkan orang Melayu/Islam. Apa la... Jesus tu memang lah nama kepada Isa Putera Maryam dalam 'Bible'. Bagi orang putih yang baca 'Bible', mereka percaya Isa ialah Jesus. Samalah dengannya Jacob ialah Yaakub, Isaac ialah Ishak dan Abraham ialah Ibrahim.
Kesian orang kampung yang masih percaya UMNO adalah pembela mereka. (sebak ni...)
-riang-riang
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment