"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 04, 2008

Majlis Peguam patut didik rakyat patuhi keputusan mahkamah

Majlis Peguam patut didik rakyat patuhi keputusan mahkamahKUALA LUMPUR: Majlis Peguam sepatutnya menjadi badan yang mendidik rakyat mematuhi setiap keputusan mahkamah, termasuk membabitkan hak orang Islam dan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata jika usaha pihak terbabit menganjurkan forum berkaitan hak Islam dan berasaskan kes yang diputuskan mahkamah membabitkan orang Islam, ia seperti cuba mempertikaikan keputusan badan kehakiman.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Peguam bebas mengadakan sebarang forum berkaitan Islam jika tidak ada agenda atau perkara boleh menghakis atau mempersoalkan hak Islam.

“Kita (Jakim) tak kisah dia (Majlis Peguam) nak bincang perkara berkaitan hak Islam. Yang kita dipersoalkan kalau (forum itu) ada agenda mempertikai peruntukan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Islam.

“Jika itu berlaku, kita boleh pertikaikan integriti majlis itu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin akhbar melaporkan Majlis Peguam mahu mengadakan satu lagi forum berkenaan Islam yang akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, selepas menganjurkan forum yang membincangkan hak keistimewaan orang Melayu.

Forum bertajuk ‘Memeluk Islam’ akan menyentuh artikel berkenaan yang menjelaskan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu akan berlangsung 9 Ogos ini di pejabat Majlis Peguam di sini, juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes sebelum ini termasuk berkaitan memeluk Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Foo Yet Ngo, berkata forum itu bukan bermakna Majlis Peguam menentang mereka yang memeluk Islam dan berhasrat berbuat demikian, cuma ingin membangkitkan masalah yang dihadapi keluarga yang terbabit berikutan konflik dalam perundangan negara.

Wan Mohamad berkata, jika Majlis Peguam menganjurkan forum seperti itu untuk tujuan mencabar hak Islam, Jakim juga boleh berbuat demikian bagi membincang dan mempertahankan hak Islam.

Katanya, orang Islam lebih berhak untuk mempertahankan hak mereka mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Jakim bersedia anjur forum terbuka mahu pertahankan hak Islam di masjid dengan kerjasama 14 Majlis Agama Islam negeri di seluruh negara yang diletakkan di bawah bidang kuasa Sultan,” katanya.

Ditanya apakah Jakim akan menganjurkannya, beliau berkata: “Bergantung kepada siapa yang mulakan dulu,” katanya.

-TMB

1 comment:

pang5bugis said...

Dizaman purba dulu manusia yang jahat dan kejam akan dijadikan pemimpin dan akan menjadi raja dan mendapat keistimewaan berganda. Harta orang lain menjadi harta mereka. Sikejam ni pula akan mendapat pengikut dan penyokong yang ramai kerana akan mendapat juga imbuhan hasil pakatan jahat ni.

Masa moden ni pula, orang yang pandai kelentung , menjadikan segala pekara logik. Kita dijadikan berbagai kelebihan dan keistimewaan, mungkin mengikut bangsa. Pendeknya, bangsa India ni memang pandai kelentung, bercakap atau berhujah. Orang Melayu ni dari dulu kena tipu , dari zaman kesultanan, hingga zaman ni.Hindraf, majlis peguam, mic dan banyak lagi semua kelentung kita.

Dari negara tergadai dalam aman , biar lebih baik tergadai dalam pertumpahan darah.