"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 04, 2008

Anwar Tekad Bertanding Walaupun Ditahan Polis

BUTTERWORTH, 4 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada di dalam lokap.

Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini. Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Ahad malam.

Katanya, bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara, Pakatan Rakyat perlu cepat bertindak memandangkan keadaan semakin buruk.

Sebab itu beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh kerana beberapa kerusi Parlimen lain seperti Kulim Bandar Baru masih dalam proses menunggu keputusan mahkamah, tambahnya.

Anwar berkata, tidak timbul soal isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkhianati pengundi di Permatang Pauh dengan meletakkan jawatannya sebagai Anggota Parlimen kawasan itu kerana sejak awal lagi beliau telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Selain Anwar, beberapa pemimpin parti Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah turut berucap pada majlis itu.

Majlis Ceramah Perdana itu merupakan acara pembuka tirai kempen PKR menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan mengundi.

No comments: