"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 04, 2008

'Senang perebah' Ezam di Ptg Pauh

kemaskini 4:48pm Mohamad Ezam Mohd Noor "lebih senang diperebah" jika terpilih sebagai calon BN menentang bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, kata pengarah pilihanraya negeri PKR Mustaffa Kamal Yusuf.

"Ezam tidak akan banyak membantu (Umno). Kalau beliau bertanding, saya rasa besar peluang kita. Lagi senang perebah (jatuhkan).

"Kita pasang saja rakaman (ucapan) beliau dulu-dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Mustaffa, pengundi kawasan parlimen itu "cukup kenal" dengan bekas setiausaha politik Anwar itu.

Mohamad Ezam menyatakan kesediaannya mencabar Anwar, jika diberikan peluang oleh BN, dalam pilihanraya yang disifatkan sebagai "pertandingan moral" demi "menegakkan kebenaran."

Dihubungi hari ini bagi mengulas dakwaan Mustaffa, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata:

"Mereka (PKR) boleh buat apa juga dakwaan. Hakikatnya, dalam tempoh Anwar dipenjara, sayalah yang mengepalai gerakan mobilisasi rakyat melalui AMK dan lain-lain."

Beliau, yang sedang berada di Indonesia, dalam jawapan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata, dalam pilihanraya kecil yang akan datang, beliau "akan pastikan Anwar mendapat tentangan paling sengit dalam sejarah politiknya."

Sementara itu, Mohamad Ezam enggan mengulas dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin bahawa beliau pernah bertemu Mohd Saiful Bukari Azlan pada 27 Jun lalu, sehari sebelum bekas pembantu Anwar melaporkan kepada polis mendakwa diliwat bekas majikannya itu.

Badrul Hisham jua mendakwa Mohamad Ezam telah mendapat maklumat bahawa terdapatnya "konspirasi kedua" terhadap penasihat PKR itu empat bulan lalu.

"Saya diberitahu oleh dua orang yang hadir di mesyuarat tersebut bahawa Ezam menyatakan akan berlaku terhadap Anwar tuduhan yang sama tetapi watak yang berbeza," katanya, lapor edisi terbaru Suara Keadilan.

Mohamad Ezam enggan memberikan komen selagi tuduhan itu tidak datang daripada Anwar sendiri, katanya melalui SMS.

Diminta mengulas kemungkinan wujudnya pengundi hantu, Mustaffa berkata, jawatankuasa pilihanraya PKR sedang mengemaskini maklumat sistemnya SISMEP 12 untuk mengesan perkara itu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, sistem itu banyak membantu, katanya.

PKR negeri juga sedang membangunkan laman web www.permatangpauh.com untuk memberikan maklumat terkini dan aktiviti parti untuk menghadapi pilihanraya kecil itu, kata Mustaffa.

Laman itu akan dilancarkan selepas penamaan calon, tambahnya.

-malaysiakini

No comments: