Saban tahun kita akan menunaikan puasa serta berzakat untuk membersihkan diri dari harta yg haram serta membina keperibadi yg mulia… Namun demikian, kita seharusnya simpati dengan anggota polis yg mungkin terdiri dari adik-beradik, abang, saudara mara atau kawan yg sehingga hari ini masih berada dalam lembah yg hina...
Mungkin ramai yg akan mengatakan bahawa bukan semua anggota polis ini mengamalkan rasuah atau salah guna kuasa namun demikian kajian yg dibuat serta pandangan dari bekas Polis Inspektor General (PIG) Tun Ganif Omar bahawa 40 % pegawai polis di Bukit Aman sendiri adalah pengamal, penerima, pendorong atau mereka yg bersengkokol dengan rasuah serta salah guna kuasa… Sungguh kasihan kerana selama ini ramai ahli keluarga mereka akan hidup dengan rasuah ataupun terlibat dengan wang.
Ada juga anggota polis yg rasuahnya didapati secara bulanan secara pakej lantas dibahagikan bagi kes tempat atau bangunan perjudian dan kegiatan haram yg imbuhanya diambil secara tetap dan berkala.
Terdapat juga rasuah yg bersifat agak professional iaitu dengan bayaran bulanan ansuran kereta, bil telefon, elektrik ataupun ansuran perabut serta pelbagai bil.
Ada juga yg tidak mengamalkan meminta bayaran atau menerima wang namun dengan rela hatinya menggunakan kuasa bagi melepaskan kaum kerabat atau kawan dari segi saman, salah laku serta kadang-kadang memelihara informer untuk menangkap jerung yg lebih besar… Justeru , unsure rasuah dalam salah guna kuasa ini berkembang biak dalam pasukan polis dan mendominasi 50% lagi anggota polis yg rasuah..
Pendek kata untuk hanya 10 % Polis yg tidak rasuah dan menyalahgunakan kuasa itupun polis yg tidak berurusan dengan orang ramai dan jarang terlibat dalam operasi…
Pada tahun 60 an, 70 an dan 80 an kalau ada saudara kita menjadi polis maka kita akan melihat polis itu hanya akan menukarkan peluru pistolnya selepas tamat tempoh memandangkan jarang digunakan. Namun demikian, kini Polis kini terlibat dalam membiayai dan menguasai gangster demi untuk mendapatkan habuan. Justeru polis kini raja di Malaysia. Salah satu kemarahan orang India sehinggakan tertimbulnya HINDRAF yg digelarkan penghapusan etnik ialah kecendrungan kematian kaum India dalam dan semasa tahanan reman.
Polis memiliki kuasa yg amat tinggi dalam masyarakat sehinggakan terdapat kes pembunuhan serta jenayah yg melibatkan polis ini sering terlepas dan berlaku kesilapan. Bayangkan ada kes yg dadah yg bakal mengakibatkan kematian, bahan bukti boleh hilang dalam simpanan atau bertukar kepada daun kering. Terdapat mangsa tahanan reman serta mereka yg ditahan dilokap boleh dirogol ataupun mati ketika ditahan. Namun demikian, polis ini adalah alat kepada pihak pemerintah iaitu UMNO kerana polis takut dengan kuasa dan pangkat. Mereka boleh mengenakan seseorang ataupun menzalimi orang lain.
Apakah peranan Polis dibawah PIG yg baru ini iaitu, anak kepada Hassan Asharri yg memiliki kelebihan dalam mengajar mengaji muqaddam. Saudara kepada Fuad dan Jalaludin Hassan ini memiliki keistimewaan yg sangat hebat iaitu kepatuhannya kepada rejim UMNO. Ia mampu melaksanakan tugas tanpa berbelah bahagi dalam melaksanakan misi . Ini pernah diakuinya sendiri dalam kes DSAI pada tahun 1998.
Apakah misinya kepada Negara!!! Sehingga kehari ini beliau masih lagi terlibat dan bersekongkol dengan puak UMNO untuk mengejar laba dunia serta kuasa dan pangkat. Kita perlu doakan agar PIG ini kembali sedar akan amanah yg dipikul akan dihitung dihadapan Allah di akhirat kelak.
1 comment:
Kita doakan sahaja agar Si Musa Tilam bin Hassan azahar ni dilaknati Allah Swt hendaknya. Segala kedurjanaan dan kemusibatan melanda seluruh keturunannya sebab akibat menipu, memesongkan amanat yg telah diberikan rakyat Malaysia. Amin Ya Rabbal'Alamin.
Post a Comment