"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 04, 2008

Panas! Skandal Seks Menteri Homoseksual

"6 x gayPercaturan politik di Malaysia nampaknya sedang menuju ke satu trend yang amat kotor. Selepas seorang menteri MCA kecundang akibat penyebaran satu dvd seks membabitkan dirinya, kini satu lagi dvd seks yang membabitkan seorang lagi menteri dikatakan akan disebarkan di Kepala Batas.

Sumber-sumber memberitahu blog ini, dvd itu dikatakan memaparkan “adegan seks amalan kaum Nabi Lut” yang dilakukan oleh seorang menteri. Ikut terminologi moden, menteri itu dikatakan berasmaradana secara gay.

Menteri itu daripada komponen BN. Tetapi bukannya daripada MCA. Menurut tulisan blogger Datuk Kamal Amir yang disiarkan dalam Malaysia Today, dvd itu dipercayai “melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura.”

Sumber-sumber juga memberitahu blog ini bahawa amalan gay menteri berkenaan sebenarnya sudah diketahui oleh pucuk kepimpinan negara. Tetapi, ianya terus dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat jelata.

Oleh itu, soalnya di sini ialah, kalau amalan songsang menteri berkenaan dirahsiakan selama ini, mengapakah kini terdapat usaha untuk mendedahkannya? Siapakah pihak ini? Dan, apakah motif politik di sebaliknya?

Sumber-sumber yang sama juga mempercayai pihak yang terlibat mendedahkan skandal seks para menteri kebelakangan ini adalah dari satu kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai nafsu politik yang amat rakus.

Sumber-sumber itu juga berkata, pihaknya menerima info bahawa dua lagi dvd seks mengenai “dua lagi orang besar” mungkin disebarkan oleh pihak berkenaan di sebuah negeri di pantai timur semenanjung.

Jadi, adakah usaha di atas sesuatu yang terancang dan dilakukan oleh pihak yang mungkin rapat dengan pucuk kepimpinan negara?

4 comments:

Anonymous said...

PR,
bagi la clue siapa yang terlibat...

Encik Anon.

Mr Joker said...

Hang pandai besilat x???

hahaha

Anonymous said...

menteri tu pakai cermin mata...

Anonymous said...

dah ada klu, lihat je senarai gambar menteri BNgok.... jangan tunggu lagi.... mungkin kat gutteruncensored ada kot