"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 04, 2008

KJ itu apa? Konspirator jalanan atau konspirator jahanam

 KALAU DALAM KONSEP “ONTOLOGI" - APA YANG BERLAKU SEMALAM ATAU HARI-HARI SEBELUMNYA;HARI INI DAN ESOK SERTA HARI-HARI MENDATANG PERLU DILIHAT SECARA BERHUBUNG KAIT - ADA RASIONAL - ATAS PRINSIP "EXISTENCE" - "KEWUJUDAN" "KEBERADAAN" ........"KONKRIT". ADA KAITANNYA DENGAN KONSEP “EPISTEMOLOGI”, “PRAKSIOLOGI” DAN “AKSIOLOGI”NYA

Secara umumnya persoalan "ontologi" dapat dirumuskan sebagai ilmu yang melihat sesuatu "realiti" atau "kenyataan" yang "konkrit" dan ditafsir secara "kritis". “Isme”nya ialah “What’s real to you?”, “What’s real to them?” “What’s real to us?” .

Persoalan “epistemologi” pula membicarakan tentang “knowledge”/”pengetahuan” serta hubunngannya dengan kebenaran dan keyakinan. Jadi “isme”nya ialah “What you know?”, “What they know?” “What we know?”.

Begitulah juga persoalan “praksiologi” menerokai elemen-elemen “metodologi” – “What you do?”, “What they do?”, “What we do?”.

Dalam masa yang sama, persoalan “aksiologi” membahaskan tentang “value”/“nilai”. Maka “isme”nya menyentuh persoalan “What you value?”, “What they value?”, “What we value?”.

Saya bukan nak berfalsafah tetapi kadang-kadang manusia perlu melihat dan mempertimbangkan peristiwa atau kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita secara “substance”.

Cuba kita lihat beberapa peristiwa/kejadian mutakhir ini:

Posting Saiful (walaupun hati kecil saya mengatakan ia bukan blog Saiful tetapi dikendalikan oleh golongan KJ ini!!!) bertajuk “The Tasks of a Former 'Coffee Boy' to DSAI/”Tugas-Tugas Seorang Coffee Boy Kepada DSAI” bertarikh 1 Ogos 2008, iaitu lebih kurang 8 hari selepas posting dalam laman web golongan KJ ini, bertajuk “International Coffee Boy”. Adakah ini satu kebetulan?

Perbahasan dalam Parlimen bertarikh 16 Julai 2008, golongan KJ ini juga membangkitkan isu DSAI dan mendesak beliau bekerjasama dengan pihak polis dan menyerahkan sampel DNA , iaitu beberapa ketika, iaitu 30 minit sebelum polis menangkap DSAI. Adakah ini juga satu kebetulan?

Maka dengan itulah persoalan “ontologi” ini penting untuk diasiosasikan dengan persoalan “epistemologi”, “aksiologi” dan “praksiologi” – Apakah nilai sesuatu kejadian/peristiwa yang berlaku itu dengan “realiti” yang berlaku “pengetahuan” yang berkaitan dan “tindakan” yang dilakukan??????

Tidak ketinggalan juga, apabila YB Mukhriz yang bersungguh-sungguh menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tiba-tiba semalam menyatakan kekesalan tentang busuknya amalan politik wang yang telah menular di seluruh negara dalam pemilihan peringkat pemuda cawangan yang sedang berlangsung sekarang. Beliau seakan sudah menyerah kalah. So, Dato’ Mukhriz, itulah kerangka “OEPA” yang saya katakan. Mungkinkah wujudnya golongan KJ ini dalam politik UMNO sekarang?

Begitu juga apabila pimpinan Angkatan Muda PKR mengatakan ada golongan KJ ini yang antaranya bak “SIRIH PULANG KE GAGANG” sudah memberi amaran selepas PR 2008 bahawa akan berlaku peristiwa besar di dalam politik negara melibatkan DSAI. Jadi apa yang dapat kita tafsirkan?

Jadi persoalan “realiti”, “pengetahuan”, “tindakan” dan “nilai” akan menjadikan manusia mampu berfikir sebagai satu kesatuan fikiran “wahdatul fikr” yang mengolah sesuatu “peristiwa dan kejadian”. Kegagalan mentafsir sesuatu “peristiwa atau kejadian” atas prinsip menegakkan “kebenaran hakiki” akhirnya menjebakkan manusia ke arah kehancuran insan …“tadmirulinsan”.

Itulah hakikatnya …. Dan ini hanya sebahagian kecil peristiwa/kejadian yang berlaku kononnya atas semangat “kebetulan” sahaja …. Tetapi kalau ditafsir dengan kerangka OEPA, maka ia boleh ditafsir sebaliknya. Tak bergoyang sesuatu pohon itu kalau tiada angin yang menghembusnya…tapi mungkin ada golongan KJ yang menggoyangnya walaupun pohon itu tumbuhnya di dalam rumah kaca. Tentunya golongan KJ ini sendiri dinaungi oleh seorang yang berkuasa sebagai kepala KJ. Wallahuallam.

-adamaf

No comments: