Aswt,
Sejak beberapa negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat sidang DUN terutama DUN Pulau Pinang bukan saja menjadi panas tapi liputan akhbar dan media terutama RTM menemuramah ADUN daripada UMNO yang dulunya di barisan kerajaan tapi kini selepas PRU ke 12 bertukar kepada barisan pembangkang akan terpampang memberi hujah di kaca TV setiap kali selepas sidang DUN berlangsung .
Banyak perkara yang dipertikai mereka keatas kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.
Mereka sangat beruntung kerana walau pun jadi pembangkang mereka sentiasa ditemuramah oleh watawan-wartawan dan hujah-hujah mereka tersiar di kaca-kaca TV.
Oleh kerana banyak yang rakyat dapat tahu tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakayat maka UMNO memang layak untuk terus kekal sebagai pembangkang!!
Dulunya ketika UMNO/BN menguasai kerajaan negeri rakyat cukup susah nak tahu apa yang pembangkang suarakan dalam sidang DUN.
Pemimpin pembangkang kerap diburu polis jika ingin menyampaikan maklumat kepada rakyat peranan mereka atau apa-apa yang diperjuangkan mereka dengan alasan tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian pada hal hanya ratusan orang saja yang akan dengar sedangkan kini apabila UMNO jadi pembangkang jutaan rakyat akan mendengar suara mereka melalui TV tanpa kena sembur gas pemedih mata atau kena tembak dengan peluru hidup. Inilah kezaliman-kezaliman UMNO/BN maka mereka memang layak mengambil giliran sebagai pembangkang sebagaimana siang dan malam bersilih ganti.
Kini mereka ingin sangat bermuzakarah.
Muzakarah itu baik tapi jangan hanya bila dalam keadaan terdesak baru nak bermuzakarah.
Ini bukan nak bermuzakarah tapi sebenarnya sedang berusaha untuk menyambung hayat UMNO/BN.
Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment